Tuesday, December 29, 2009

Window shopping

Siang tadi saya EL lagi. Lepas solat subuh en suami lari2 ke sinki, mabuk2 muntah2 serupa itu perempuan morning sickness.

boleh pulak dalam hati saya tepikir ada sesapa mengandung ke dalam rumah.

:D

kepala pusing, perut pusing katanya.

sms bos kata EL sebab suami sakit.

harus la nak hantar ke klinik kan, sebab dia sakit, MC tak diperlukan memandangkan kerja sendiri. tak macam dulu eh, sakit mesti dapatkan MC utk hantar ke HR.


sementara tunggu rawatan saya jalan2 cuci mata, nak cuci poket duit pun tak de.

Sempena Nurin nak mula sekolah ni semangat sang ibu membara2. nak belikan meja study lah, almari pakaian khas utk dia lah... tapi tunggu bonus kedua turun nampaknya (ntah dari mana) memandangkan bonus pertama dari kerajaan, dah guna dan akan guna utk kelengkapan sekolah dia.






Meja study akan jadi perkara wajib masuk dalam senarai keperluan. Adik2 yg bijak sentiasa aje join kakak nak buat kerja 2 menulis, melukis dan mewarna. sampai nak keluar anak tekak si kakak jerit2 "Adik!!! jangan kacaulah kakak nak buat kerja sekolah", saya tak pasti cikgu mana yg bg dia keja skolah tu.




tak ketinggalan ushar juga 'kehendak' utk hiburan ibu dan ayah, yang dah sebulan kesunyian tanpa hiburan duniawi.

mengidam TV Plasma, tapi jgn mimpi lah nak dapat. harga tak kurang 3 ribu 1/2.

LCD flat screen, itu jadi idaman.

gambar di bawah ni harga dia rm1500 Samsung 29".


0 comments: