Monday, May 10, 2010

Riadah

Apa aktiviti hujung minggu anda dengan anak2.

Kalau itu soalan yg ditanya pada saya, jawapannya adalah menghabiskan masa bersama anak2 di rumah. Memang itu jawapan yang lazim diberikan.

Tapi sejak pertengahan minggu lepas, ada cadangan yang tiba2 terbit dari kepala ni untuk buat sedikit perubahan pada aktiviti hujung minggu dengan harapan dapat menghasilkan MASA BERKUALITI dengan keluarga esp anak2. Kalau biasanya selepas solat subuh, sebelum anak2 terjaga saya akan siapkan sarapan dan mula kumpul dan basuh pakaian kotor. mengejar masa sebelum anak2 bangun yg pastinya akan sedikit menghadkan pergerakan saya.

Dengan berbekalkan makanan dan minuman,Akhirnya saya dan suami dan anak2 berjaya sampai di perkarangan Masjid Jamek Sultan Ibrahim biarpun terlewat sedikit dari perancangan awal. kami parked kereta di belakang masjid. Masa masuk perkarangan masjid tadi, nampak suasana agak meriah. Beberapa gerai didirikan = padangan yg tak biasa bagi kami.

Kereta kami tinggalkan, Adib didukung oleh ayahnya. Adam pula saya yang awasi. Sebenarnya saya masih fobia dengan peristiwa Adam hampir dilanggar kereta semasa di Seri Kembangan (jalan2 selepas saya berkursus minggu lepas). Jadi kali ni saya yang akan awasi dia biarpun sebenarnya malang tidak berbau, dan belum tentu takdir tak berlaku kalau saya yang jaga dia. tapi saya buat ini supaya saya puas hati dan tidak lah mulut saya ni membebel dan mengomel tak sudah kepada sang suami supaya lebih berhati2.

Di masjid, ramai jemaah. Ada Kursus untuk bakal2 jemaah haji. kami menyusur laluan belakang masjid. Dewan disebelah kanan masjid dah siap dibaikpulih. dulu di dewan itulah saya dan suami mendengar ceramah Kursus Perkahwinan. Itu 7 tahun yang lalu.

Ada sukarelawan bergotong royong menghiasi kawasan sekitar masjid, buat landskap baru. Besar pahala mereka ni.



Lepas tu mata kami terpaut pada deretan sangkar Arnab yang disusun di kaki lima kedai Halal Mart. Makhluk Allah yang comel, bulu putih mulus. Teringat dulu masa saya masih bersekolah rendah, arwah abah ada bela arnab. Bela saja suka-suka. Bagi anak2 saya, ni lah kali pertama diorang tengok arnab. suka nampaknya. Adam mula-mula nampak dia sebut 'Kucing'. Aaa. lawak la Adam ni. Comel memang comel. Nak beli mungkin boleh tapi bab nak membela rasanya tak berdaya.








Lama tersangkut di sangkar arnab, kemudian baru kami explore halal mart, intai2 apa yg ada di dalam tu. kemudian, berjalan dari satu gerai ke satu gerai. rupa2nya memang setiap sabtu dan ahad ada dibuka tapak jualan bagi sesiapa yang berminat dengan bayaran hanya RM5 (kalau tak silap). Berbual2 dengan peniaga kat situ ttg produk makanan minda panjang lebar dia bercerita bila nak melangkah pergi dengan tangan kosong segan lah pulak. Jadi beli lah kordial minuman, buat2 ada, tapi tak mengapa barang baik pun.










Penat berjalan, mengejar anak, mendukung anak, kami bersantai dalam bangunan masjid. Yang ni pun saya baru tau. Punya lah lama saya tak singgah bersolat di Masjid Sultan Ibrahim ni, rupa2 nya kat bahagian dalam sebelah kolah berwudhuk tu ada meja2 untuk bersantai, dan mgkin kebetulan hari ni sabtu, ada peniaga minuman dan makanan disitu. Kami order 3 gelas milo ais, terlupa pada beg bekalan makanan dalam kereta. Kat situ juga ada adik2 yg browsing internet dengan laptopnya, ada juga se unit komputer untuk sewaan internet.








Benarlah, masjid bukan hanya tempat bersolat sahaja, di situ juga menjadi tempat bermuamalat. Berniaga, bersosial, beriadah, dan tempat menuntut ilmu.



anak2 sibuk main dalam ruang legar tempat berehat tu, sambil sibuk nak main paip kolam wudhuk. kolam wudhuk pun nampak berseri. bila dah segar semula, lenguh di kaki dah beransur pergi, baru mulakan perjalanan ke kereta.





Walaupun anak2 tak mengucapkan kata2 : 'seronoknya' atau 'bestnya' dapat dibaca dari riak wajah mereka tingkah lakunya esp for Adam dan Adib.Saya tahu ada sedikit kepuasan dalam diri mereka. Kami juga puas dan lega kerana dapat bawa mereka keluar dari kepompong. Selama ni kena perap je dalam rumah.





Berangan2 nak jadikan aktiviti luar dengan anak2 ni sebagai aktiviti wajib. Tengok2lah dulu, baru je nak mula. Apa pun masa berkualiti dengan anak2/keluarga sepatutnya ada dan berkesan.














.

0 comments: