Wednesday, December 22, 2010

Hero being warded

Adik yang jadi hero mak tinggal di rumah kerana niat asalnya nak jaga rumah sementara mak dan Wana ke Kajang hadir ke majlis perkahawinan saudara. Biar pun dah besar panjang, tak sampai hati nak biarkan dia bersendirian, datang juga teman2 borak, masak2 apa yg pandai dan saje2 riuhkan rumah mak dengan gelagat kanak2 tiga orang ni.

2 malam mak bermalam dikajang. malam ke 2 jam 10.30 mlm Chai call kata sakit perut makin kuat. Perasan juga dia pegang2 perut masa di rumah mak waktu nak makan malam. Ada juga cakap kat dia "Jangan2 chai ada masalah apendik tak?". tapi habis kat situ je. sebelum balik pesan kat dia kalau ada apa2 call, kalau tak berani tidur rumah sorang, pergi rumah atuk kat sebelah.

anak2 dah tidur. Suami sorang pergi hantar dia ke Jabatan Kecemasan Hospital. Jam 1.20 pg dapat SMS, cai perlu masuk ward, masalah apendiks. Kasihan dia, menggigil lutut. Sungguh dia menggigil. Mungkin tak jangka sakit perutnya seserius itu.

telefon mak, slow2 maklum pada mak, supaya mak tak terkejut. harap2 mak dapat balik esok. saya insyaAllah tak ada masalah nak urus adik di wad, tapi yang sakit perlukan semangat dari mak.

maklum pada bos, ada urusan adik, jadi cuti 2 hari. Jam 10 pg doktor minta saya sign Letter of Consent memandangkan saya waris terhampir yang ada dekat situ. Kes dia terus di post ke Dewan Bedah. Tunggu giliran.

4.30 petang mak sampai dari Kajang dengan menaiki bas dan saya jemput di bus station terus ke wad. Ada lah sedikit sinar dari wajah hero, biarpun kadang kala berkerut menahan sakit.

Maghrib menjelang tiba, masih belum ada bayang2 dipanggil ke Dewan Bedah. Sejam lagi genap 24 jam dia berpuasa, las makan dengan saya dan anak2 lepas maghrib semalam.

Bila dah jam 8.30 malam, saya sendiri buat telahan mgkin tak jadi operasi malam ni. jadi saya balik dengan wana yang setia menemani saya sejak petang tadi.

Malam dah makin larut, tiba2 dapat call dari Wad 4, minta mak datang untuk sign letter of concent. yang saya tandatangan tadi Pakar Bius tak terima. Dengan tidak membuang masa, kami terus je siap, mak dan anak2 semua bertolak ke hospital. jam 12 malam kami sampai, mak terus tandatangan dokumen. Kami gerak Chai dari tidur suruh salin pakaian dan terus naik katil dan disorong ke Dewan Bedah jam 12.30 malam. Anak2 semua tidur dalam kereta, mak juga. Kesian mak, sejak sampai ptg tadi, belum sempat berehat.

Sejam demi sejam, saya dan suami bergilir jengah2 ke Dewan Bedah, kot2 dah selesai operasi. Jam 3.30 pagi Chai dah sampai ke wad semula. Lega, Syukur, Alhamdulillah. Selamat sudah. Mak jengah sebentar Chai yang tidur lena mungkin kesan dari bius. Kami sampai rumah hampir jam 4.30 pagi. Letih, mengantuk adalah pakej paling lengkap buat masa ini.

Nasib baik hero dah habis SPM, jadi tak de apa yang nak di risaukan sangat selain jaga diri supaya cepat pulih.

0 comments: