Showing posts with label Notebook. Show all posts
Showing posts with label Notebook. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

Pikom PC Fair




Tiba-tiba bunyi sms masuk. Jarang-jarang ada sms. Kalau ada pun mesti iklan-iklan, tawaran hebat (ala-ala hebat, but still nak kena kuar expenses), atau reminder bayar loan kereta dari Ambank. Itu saja lah yang rajin terjah inbox handphone saya. Tapi kali ni sms dari celcom pulak. InsyaAllah, kalau poket akak penuh, ada rezeki lebih melimpah ruah, akak akan datang ye kak Cel (celcom), kalau tidak akak jeling-jeling je lalu kat roundabout depan Jubli Intan Muar tu. Notebook akak memang dah berusia, tapi masih boleh berbakti, maka belum sampai masanya cari pengganti.


Catch the PIKOM PC FAIR at the following locations:


9-11 July :
Persada Johor (Johor Bahru)
Alor Star Mall* (Alor Star)


15-17 July :
KB Mall* (Kota Bharu)
Terengganu Trade Centre (Kuala Terengganu)


16-18 July :
Batu Pahat Mall* (Batu Pahat)


30 July - 1 August :
PISA (Pulau Pinang)
Berjaya Megamall* (Kuantan)
Melaka International Trade Centre, MITC (Melaka)
Dewan Merdeka (Seri Manjung)


6-8 August :
KL Convention Centre (Kuala Lumpur)
Village Mall* (Sungai Petani)
1Borneo LG Exhibition Hall* (Kota Kinabalu)
Dewan Jubli Intan (Muar)


27 - 29 August :
Stadium Indera Mulia (Ipoh)


www.pikom.org.my

Tuesday, July 27, 2010

Notebook


see what happened pada notebook saya. Bukak katup, bukak katup, sejak kerja di sini, sementara nak dapat Desktop dipejabat . Diam-diam dah lebih 6 bulan saya fully utilize notebook ni. Dulu-dulu beli notebook ni, untuk buat ada-ada. Rasa-rasanya ada la 4 tahun lebih saya gunakannya. Sekejap dulu pernah jadi barang wajib suami, tapi sekarang sejak dia jadi freelance, desktop di rumah jadi temannya, dia tak usik dah notebook ni. Dan sekarang saya pula hari-hari sandang bawa ke pejabat.

Buat masa ni, walaupun patah pada engsel, tapi masih boleh fungsi. Harapannya biarlah lama lagi dia boleh buat jasa dengan saya. Setakat rajuk-rajuk nak manja tu (software problem) tu saya boleh tahan lah lagi, jangan lelebih sudah le.