Showing posts with label Penat. Show all posts
Showing posts with label Penat. Show all posts

Wednesday, June 18, 2008

Kembali bertugas.

Seminggu lebih aku tinggalkan opis ni.

oh, malam tadi ku baru sampai dari Perak. Sebelum tu aku di Nilai.
ni gambar sekitar di majlis di sana.

sibuknya macam konvokesyen. kami naik bas, 5 jam++ perjalanan sehala. sakitnya tulang belakang ku. dapat aku khatamkan majalah Pa&MA dan Anis Jun.


penat sangat malam tadi. tidur dengan tak menentu, sykur aku terjaga pukul 5.15pg. Malaikat kejut kut- suruh sahur sbb kena ganti posa. sedang aku mimpi betulkan komputer dan jari sedang pegang jumper komputer, aku terjaga... tgk2 sedang kepit jari - tapi jumper tertinggal dalam mimpi.

:D

banyak nye keja nak buat.

Nak buat:

* semakan student praktikal dari web.
* specs senggaraan ***
* specs senggaraan *******
* jawab aduan pelanggan - saje nak bg ICT kerja
* dan lagi
* dan lagi
* dan lagi


oooo tadi ada taklimat . opsyen. Nak pencen bile ek? 56? 58?
aku perlu sign borang opsyen tu. pastikan hantar sebelum 30 jun ye.

pastu, masuk2 opis dgr lak cita tak best.
eh orang ni kan, dah besar2, da jadi abi, ayah, masih lg perangai camtu ke. main gaduh2, main puak2, main boikot2. boleh tak buang sikap baran dan rasa diri bagussss tu????????????

aku dah tak larat nak pikir benda2 camni.
kang sampai kat bos besar kang, aku gak kena jawab. ada sapa nak tolong jawabkan tak? sila angkat tangan.

tak pun, tak seronok le keja dalam satu pejabat, main masam2 muka.
Opis rumah kedua kita, kalau korang dah masam2 muka, mana le ada mood nak wat keja, pastu malaikat pon tak nak masuk bawa rahmat.Allahuakhbar. aku dah letih.

ada tak opsyen 35 tahun ek?????

Wednesday, February 20, 2008

Penat

Semalam, dapat arahan pengarah suh prepare Power Point tuk dia present kat SUK, dapat bahannya lambat. kul 4 petang abang datang opis tuk ambik keta aku nak pi hantar service, baru aku sedar yg kunci keta ku hilang. time tu la nak carik, time tu jugak nak buat Power Point. tapi sempat selongkar, sah tak jumpa. so abang kena tunggu aku smpi aku siap buat keja. Jadi keja lain kat dia lak, nunggu aku. Mujur dia sabar. aku siap buat keja kul 6.30. panas punggung dbuatnya teringat anak kat umah bb sitter. aku smpi umah bb sitter kul 8.00, uuhhhhh pilunya hati. Kesian si nurin. Adam sah lah blum tau apa2. masa da suntuk lom solat maghrib, solat umah mak je. aaaaa makanan ada lagi, dinner terus. 9.30 bru balik umah.

Walaupun penat, aku harus luang kan masa utk Nurin, ajak dia borak. layan dia dengan buku dia. Lipat baju depan TV tgk Ai D Beijing. Nurin tertidur. Sendi2 sakit semua, kepala sakit. Penat yg amat. Telan Panadol. Esok tak boleh cuti atau MC sebab ada mesyuarat Pengurusan. Member backup dua-dua kena pi klinik. heh unit aku ni bergilir ambik cuti bersalin, lepas 2 bulan sorang, lepas tu sorang lagi.

11.30 mlm, aku masuk tido, pasai esok nak bangun awal, sebab pinjam keta abang dan drop dia sebab dia masuk kul 7. esok bukak kunci opis la aku.....