Showing posts with label theft. Show all posts
Showing posts with label theft. Show all posts

Friday, February 6, 2009

Hati-hati bila menghantar kereta untuk dicuci

Malam tadi pulang dari klinik (sekadar meneman) kami singgah ke rumah bapa saudara (Cik) yang sejak raya haritu tidak kami ziarah. Dia tak sakit, malah sihat walafiat, syukur... cuma sempat dia cerita gigi kapaknya yg depan tu dah goyang dan bertanya ttg 'tanam gigi ' sebagai pengganti gigi yg bakal tercabut.

Sempat juga dia cerita ttg alarm keretanya sewaktu dia menghantar keretanya untuk dicuci.

Itu lah yang terakhir dia akan hantar keretanya untuk dicuci di situ. (di carwash parit jamil betul-betul depan simpang nak masuk kampungnya. Depan kedai makan rezeki Qistina sebelah kilang Kamitech. Niat dihati hantar ke situ, dapat lah tolong2 orang kampung sendiri. Sejak carwash tu dibuka setahun lalu dia memang selalu hantar cuci kereta kat situ.

Kisahnya... bila keretanya Kia Carnivalnya siap dicuci, pekerja yg bertugas keluarkan dari parking dengan keaddaan enjin siap di start (seperti biasa). Maka selepas Cik buat bayaran, dia pun mulakan perjalanan ke untuk ke bandar muar, ke sbuah lg rumahnya di sana.

Bila sampai di sana, time nak masuk rumah, nak lock kereta, tekan2 alarm, tak berfungsi.
Ingatkan rosak, rupa2 nya bila cek betul2, board alarm tu dah tak de, maknanya tinggal casing kosong aje. Mana pegi???????????

Teringat lah, sebelum ni tadi dia hantar cuci, tak lengah masa, dia patah balik ke car wash tadi yang lebih kurang 1/2 jam perjalanan untuk patah balik ke sana.

Di pendekkan cerita, CIk dapat semula board alarm tu. Memang ada mamat kat carwash tu, dah buat keja kopek board alarm tu. Besar kemungkinan untuk tujuan tak baik lah kan, kalau tak nak buat apa lg. Pung prang pung prang, Cik dapat semula barang dia. Cuma silapnya Cik tak buat report polis. Kalau tak dapat tu silap2 malamnya, or esok lusa, kereta lesap atau, barang dalam kena kopek, sebab dia dah dapat kunci kereta tu tadi.

Kalau aku lah kan, confrm tak pikir panjang, kata alarm yg rosak..... Makanya dapatlah aku iktibar dari pengalaman Cik ni. Untuk iktibar sesapa je lah. Jadi jangan lepas cuci keta, mentang2 enjin dah start, bayar dan terus jalan. Cek lah dulu apa yg patut.

Wednesday, October 29, 2008

kena curi la pulak

Cam tak best tajuk tu. tapi memang tak best pun. Malam Sabtu haritu, keta abang kena pecah masuk, masa dia keja (park depan kilang). Sedarnya masa nak masuk keta balik keja jam 11 mlm.

Tak buat report polis pun. Kitorang rugi kira2 nilainya rm1000 gak tu. Radio/CD, Handphone , aku punya aku bg kat abang-br pakai tak sampai 6 bulan. dan duit syiling simpan dalam hand rest box dekat2 RM100.

Handphone tu tinggal dalam hand rest box tu sebab ada problem bateri, baru nak antar kedai esok harinya. Nak jadi rezeki la kot sebab abang bawak masuk dalam kilang HP backup kitorang (biasa dia tinggal je- pasal law kata taleh bwk masuk HP)

Modus operandi:

Kasi kopek getah cermin, seluk supaya lock keta naik, cecepat matikan alarm then jalankan kerja mencuri.

Tak guna betul la itu olang.


dari banyak, ni je syiling yang tinggal


buku2 bank dia campak kat lantai dari dalam box syiling tu


ha radio ni tinggal wayar je



Tapi, kitorang tetap bersyukur. dia tak pi bawak keta tu lari. Alhamdulillah, ada lagi rezeki kami.