Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Itu Jodoh namanya



Facebook menemukan saya dengan Kak Tim semula. Kali terakhir berjumpa masa ambil keputusan SPM 16 tahun dahulu.

Bila dapat nombor telefon dari adiknya di FB, saya segera hubunginya kerana rasa rindu pada kawan lama. Dia baru pulang ke tanahair Malaysia utk menguruskan perkahwinannya. Rezeki sayalah dapat hadiri majlis besar buat dirinya. Bila ditanya siapa dan orang mana bakal suaminya, jawapannya ringkas je. "Datanglah nanti, boleh kenal".

Buat saya dan suami tertanya2.

Kami datang masa hari nikahnya saja, kenduri besarnya tak dapat hadir sebab bersaingan dengan kenduri sepupu.


ramai2 naik pelamin


Jejaka dari Sri Lanka jadi pilihan sebagai teman hidup. Tugasnya sebagai jururawat menemukan jodoh mereka. Semoga kak Tim berbahagia bersama suami.

Rasanya minggu ni minggu terakhir dia berada di Malaysia sebelum ke Jeddah semula untuk menyambung tugas.

Selamat pengantin baru juga buat sepupu saya - Ami dan isterinya Lina.
Kesian pengantin baru ni, sebab habis je majlis, si isteri kembali ke Miri, Sarawak kerana mengajar di sana. Laut China Selatan menjadi pemisah. Doa2 semoga cepat dapat tukar ke Muar Johor ya.

Sunday, June 28, 2009

Tengoklah, siapa yg saya jumpa

Selamat pengantin baru utk su officemate saya. Kami agak terlewat datang pengantin dah siap makan daaaa baru saya dan family sampai. kira oret lah kan dari tak datang.
Mula2 sampai adib dok elok dalam sling, pastu masa saya tgh makan mak saudara pengantin mintak Adib dari saya. Nak pinjam katanya.








Nak snap gambar adib bersama family pengantin tapi terlepas, snap je lah gambar tanpa adib....




Masa tgh makan , abang suh tgk someone.... eh tengokle , macam kenal jer.....

Tu dia ... saya bergambar dengan Yatt... pelakon/model tu... mula2 saya kenal dia dalam siri BELLA...loratttt lak saya ni eh, sibuk nak bergambar....






Tuesday, May 27, 2008

Wedding, Shopping

Oleh kerana mak tak sihat so, Semalam aku harus mewakili mak ke 1 jemputan kahwin. Sampai kat sana aku masuk dengan adam je, nak cepat, pastu ibu saudara ku suh makan dulu, aku kata aku dah kenyang (konon dah berderet jemputan aku pergi) walhal aku memang dari rumah. Lepas salam keruk dan dapat berkat aku pun balik then decide utk ke bandar Muar, saje ronda2.


Singgah Wetex Parade Muar utk beli kelengkapan kami.

Aku belikan baju Nurin 2 pasang, Adam aku dah belikan Jumaat lepas masa pi bayar kereta haritu. Pastu abang beli tali pinggang RM90- cam mahal je kan, yg lama dah salin kulit (beli masa nak nikah dulu). dan aku beli kasut Carlo Rino - kasut paling mahal yg aku pernah beli hihihi. Ala biasa beli kasut memurah je. Tu abang kata kalau kira-kira aku beli kasut setahun murah2 pun tapi banyak pasang jumlah regenya sama dengan sepasang kasut dia yg pakai 2-3 tahun.

:)

Memang Pun....
yang sebelah kanan tu da salin kulit, yg kiri akan ambil alih tugas