Monday, February 4, 2008

kes culik di Pasaraya Econsave Muar

Salam semua, semalam saya mendapat panggilan telefon dari kakak ipar. Katanya dia dapat berita kes culik kanak-kanak yang berlaku di pasaraya tempat dia selalu berbelanja barang keperluan dapur. Pasaraya Econsave Muar, Johor.

Apa pun, benar atau tidak saya tak ada dengar dari pihak berkuasa sendiri, tapi sama-sama lah kita ambil perhatian sekiranya perkara ini benar - benar berlaku,

berlaku pada jumaat malam sabtu (1 februari 2008)
Kejadian tu katanya berlaku dengan sangat pantas. Kanak-kanak perempuan umur 5 tahun. Ibu kanak-kanak ini menyedari anaknya tiada di sisinya , cepat2 dia maklumkan kepada Jaga yang bertugas. dan terus je pintu keluar dan masuk disekat. Jadi tak de sapa-sapa boleh keluar dari pasaraya tu. dan dalam jangka masa 5-10 minit lebih kurang, kanak-kanak tu dapat dijumpai. Dalam TANDAS. Rambut kanak2 perempuan ni dah dicukur BOTAK, dan pakaiannya dah diTUKAR.
sampaikan bila ibu dia sendiri tengok kanak2 tu hampir2 dia tak kenal wajah anaknya sendiri.

Modus operandi seperti ni pernah saya baca dari email yg pernah saya terima tak berapa lama dulu, tapi berlaku di sekitar Kuala Lumpur kalau tak silap. tapi sekarang, nampaknya dah ada orang yang gunakan taktik yang sama di kawasan sekitar saya tinggal ni.

Syukur kanak2 tu selamat dijumpai.

Harap kita sama-sama berdoa agar anak2 kita semua selamat dari kejadian seperti ni. Bila lah manusia2 penjenayah macam diorang ni nak luput dari muka bumi ni ya.

Ya Allah, selamatkan lah semua ahli keluarga kami dari bencana, lindungilah keluarga kami, anak2 kami dari kejahatan manusia di sekeliling kami, sedarkanlah manusia2 ini dari sikap zalim ya Allah, Aminnnnn.....





Sabrina
Muar, Johor.

0 comments: