Friday, December 4, 2009

Adib

A progress.

Di usian lbh kurang 9 bulan lebih baru Adib mula nak panjat2 dinding atau kerusi yg rendah. Itu pun kerap jatuh lg. Sudah mula duduk tapi belum mampu ampu badan - membongkok.


Dia sibuk duduk di pintu, sebab abang dan kakak suara riuh rendah kat luar, sedang disuap makan oleh ayah mereka. tentu tensen tak dapat turut serta















Perutusan Raja Sehari

Kad-kad jemputan kahwin menghiasi wajah peti sejuk kami di rumah. Harus tepek kat sini, kalau tak pasti lupa. cam biasa lah kan, bila cuti sekolah je, banyak la dua jiwa disatukan.

Sedia aje lah duit becek a.k.a duit salam keruk


Ni pun ada 2 yg tah mana letak, tapi dah set dalam HP supaya diperingatkan bila sampai masanya.

Mesti kalian pun tak tercicir dari senarai jemputan mana2 majlis.



Ulangtahun perkahwinan kami juga bakal menjelma sedikit masa lagi.

:)


Diam2 bakal 6 tahun istana yg dibina

Adam

Dia ngantuk, tapi tak accept the fact, mulut mumbling buat riuh dan hingar bingar dalam kereta. jerit dalam keta dengan high pitch. sakit telinga org lain .... tau tau dah lena.

selalu cenggini.



Borong ubat

Semalam kan saya ambil cuti kecemasan.

bawa anak2 cari penawar tradisional (tak dilupakan sebagai ikhtiar)

dan selepas tu ke klinik. saya ke klinik komuniti sebelah hospital Muar. mula2 ke Klinik Sejahtera yang sebenarnya diperuntukan sebagai kemudahan staf hospital dan ahli keluarga nak dapatkan rawatan. Tapi disebabkan Dr bertugas tak ada, kami berangkut anak beranak, beratur le ambil giliran nak jumpa Dr.


Ni bukan gambar kristal ke apa,

ini tawas, saya pi beli kat kedai utk guna masa proses rawatan tradisional pagi semalam.



Selesai rawatan tradisional baru kami bergegas ke klinik pulak.


Hasil borongan, ni ubat untuk anak2 ku yg sederet 3 tu. Harus saya bersilat nak suap ubat.




Nurin dah tak bermasalah sangat nak bg ubat cuma ngomelan2 biasa yg berharap dapat escape. This time Adam ambik alih watak si penakut ubat. Jadi saya masuk saja dalam botol susu dia. Adib pulak, masih patuh. nganga saja bila di sua dengan picagari berisi ubat. Senang keja.

Sesi beratur untuk makan ubat. Adib perlu diikat pada kerusinya sebelum projek bermula.
Tukang susun ubat, Adam, gaya je lebih, bila botol ubat dibuka, dia yg cabut dulu.







tulah kisah anak2 tak sihat saya. harap cepat le sembuh.

1/5

apa yg satu perlima.


minggu ni too bad lah.

sebab only on Wednesday je saya ke pejabat.

Monday & Tuesday - on MC

Thursday & Friday (Todaylah) - EL - anak2 ku demam sederet.

And today i need to do my work at home by hook or by crook

Am editting a video for simple course nextweek on Tuesday. Next monday nak kena show kat Sister (senior nurse) before kena burn ke dalam CD.

Newbie to camtasia. jadi saya masih dok godek2. mekasih la bos bg idea ni. saya budak baru belajar, kalau saya tak tau tolong ajarkan.

best eh guna camtasia. kot2 la sistem off line, kita dah siap2 buat video nak tunjuk sistem tu. so no worry sangatlah.



Arrived safely

Syukur....

Atuk (atuk pempuan) saya antara kumpulan jemaah haji pertama yang sampai ke tanah air. landed safely tgh mlm tadi di KLIA dan menjelang subuh dia sudah sampai ke rumah.

saya sudah sempat menjengahnya pagi tadi. Kasihan Atuk demam, teruk nampaknya. Penat kerana menunggu flight lewat di tanah Arab semalam katanya.

Cumanya, atuk berpisah jadual pulang dengan Mak Andak dan Pak Andak saya kerana arrangement semula jadual penerbangan ke tanahair dan sebab2 lain jua.

Tak dapat nak berbual lama kerana atuk perlu berehat.

dan saya juga tak sihat. perlu pulang ke rumah segera ada tugas perlu dilangsaikan.

Tuesday, December 1, 2009

Nurin

Currently, Nurin eager to to spell, to read.
currently, the husband is busy with lorry, loan & company registration (kem. kewangan).

Projek si ayah yg mana nak angkat paper-roll, or jagung ayam, or apatah lg, lom dapat berjalan.

si anak mngeja sudah pandai mengeja,

oleh kerana projek ayah lom jalan, maka buat masa ni eja lori angkat tong sampah (nampak depan rumah)



* nama "KAKAK DAYA" sebenarnya DAYAH, is favourite cousin dia.


Pencapaian Nurin mengembirakan saya personally. dah boleh baca majalah Aulad sendiri. sikit2 tu perlu jugalah dibantu. menulis masih campur2 huruf kecil dan besar. bila di jalanan, mengeja pula signboard2 kedai. Oklah kot kan. sebab dia belum ke tadika lagi.


InsyaAllah, PASTI akan pasti jadi pilihan.

saya harap dia dapat menambah koleksi doa2nya nanti, dan bersosial dengan cara yg betul.

dan yg penting dapat mulakan kelas mengaji formalnya.

sekarang dia dah mula baca buku Iqra' 3 nya. huruf yg berbaris yg bersambung. lambat ek progresnya kalau dikira dari tempoh dia mula baca iqra' dulu. Mana tidaknya, ikut sempat saya, tak disiplin.

Sup gear box

Hari sabtu lepas, kami dapat hasil 'pengorbanan' oleh Staf jabatan Kastam Muar. Punya tak sempat, lepas dapat saya terus je masuk daging tu dalam fridge. Kalau ikut kebiasaan, tah bila saya akan jengah semula utk di masak.

Semalam pula, MC, tak ada kudrat nak memasak, makan rumah, mak. hari ni pepagi dah sarapan di luar kes, tak kederat lg, juga kerana habiskan masa di pekan parit jawa tggu klinik balbeer singh bukak sebab nak mintak sambung MC.

Sesampai saya dirumah, tiba2 datang semangat nak memasak utk hidangan tengah hari. Berkira2 juga nak memasak. kalau berat2 akak tak larat.



Sup Tulang a.k.a gear box.


Daging lembu berserta tulang kira2 2 kg (berat tulang)

Bawang Besar - hiris2 saja
Bawang Putih - diketuk
Bawang Merah - hiris halus
Halia - sebesar ibu jari

Kayu manis
Bunga Lawang
Cengkih
Buah Pelaga

Lobak Merah (kalau nak ada sayur dalam sup)
Tomato - 2 biji
Limau Nipis utk rasa masam, tak pun boleh ganti dengan asam keping

sedikit sos tiram - 1 1/2 sudu besar
gula - sesudu
garam - secukup rasa
air - banyak mana kuah yg kita nak


sebuk lada putih -sedikit
serbuk lada hitam -sedikit
serbuk sup daging - sesudu


Mula memasak:


Basuh daging lembu dan tulang dan rebus dengan api sederhana, takut kalau bg api besar nnt daging jadi liat. rebus sampai minyak dia kuar. saya buang air rebusan pertama ni, kot2 ada darah.


Tumis bawang merah, kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang dulu sampai naik bau.

lepas tu baru masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih serta halia. bila dah naik bau sekali lg, masukkan tulang dan daging yg dah ditoskan tadi. bubuh air utk kuah.

masukkan lobak.

rebus, sampai didih dan daging empuk.

masukkan serbuk lada putih, lada hitam dan sebuk sup

perah limau nipis

masukkan sos tiram

juga garam dan gula sebagai penambah perisa

masukkan tomato dibelah.

selesai sudah

------------------------------

gambar2 sepanjang proses

:)




bawang goreng saya buat sendiri, hiris halus bawang merah dan sebelum goreng, taburkan sedikit tepung beras, gaul2kan baru goreng, bawang goreng akan jadi rangup.





boleh makan dan hidang dengan bawang goreng dan daun sup.


Happy birthday to me

Semalam tambah setahun lagi usia, menginjak ke usia 31.

boleh pulak ye demam pada hari lahir, kalau budak kecik, org2 tua kata alih bulan

:P

Anyway terima kasih, kat kwn2 yg wish kat FB, juga sms, kat YM. terharu, kerana masih ada yg ingat.

Terima kasih juga bang, kerana belikan kek yg sodap, hingga menjilat sudu.





Afterall, ni je yg tinggal



macam biasa, kek ditempah khas dari Zida Cake House di Taman Kenangan Tun Dr Ismail, Bakri Batu 2 - kalau org Muar panggik tempat tu 'Pesta'

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha

Salam buat semua Umat Islam.

Esok cuti.

Disebabkan keja dah dekat ngan umah, tak terasa sangat keterujaan nak balik awal. Dan mungkin juga sebab tak sibuk nak memasak. Bukan malas nak masak eh.

Semalam saya dah singgah kedai beli bahan2, beli ketupat segera, beli rencah2 nak masak Ayam masak merah cadangnya. Tapi bila beri cadangan pada abang, dia kata tak payah la masak, sbb tak nak balik lewat ke umah MIL... frust le. Baru nak nak asah skill. biasa masak dengan mak. Namanya kalau dah sampai umah MIL, tak de nye saya nak masak, jaga anak lebih baik dan selamat.

Biras2 saya ada 2 orang di sana menemani MIL. Kakak2 saya bukan mengelat...hehehehe cuma ambil peluang.

Apa pun bg yg memandu jauh. berhati2 lah ye