Wednesday, February 20, 2008

Penat

Semalam, dapat arahan pengarah suh prepare Power Point tuk dia present kat SUK, dapat bahannya lambat. kul 4 petang abang datang opis tuk ambik keta aku nak pi hantar service, baru aku sedar yg kunci keta ku hilang. time tu la nak carik, time tu jugak nak buat Power Point. tapi sempat selongkar, sah tak jumpa. so abang kena tunggu aku smpi aku siap buat keja. Jadi keja lain kat dia lak, nunggu aku. Mujur dia sabar. aku siap buat keja kul 6.30. panas punggung dbuatnya teringat anak kat umah bb sitter. aku smpi umah bb sitter kul 8.00, uuhhhhh pilunya hati. Kesian si nurin. Adam sah lah blum tau apa2. masa da suntuk lom solat maghrib, solat umah mak je. aaaaa makanan ada lagi, dinner terus. 9.30 bru balik umah.

Walaupun penat, aku harus luang kan masa utk Nurin, ajak dia borak. layan dia dengan buku dia. Lipat baju depan TV tgk Ai D Beijing. Nurin tertidur. Sendi2 sakit semua, kepala sakit. Penat yg amat. Telan Panadol. Esok tak boleh cuti atau MC sebab ada mesyuarat Pengurusan. Member backup dua-dua kena pi klinik. heh unit aku ni bergilir ambik cuti bersalin, lepas 2 bulan sorang, lepas tu sorang lagi.

11.30 mlm, aku masuk tido, pasai esok nak bangun awal, sebab pinjam keta abang dan drop dia sebab dia masuk kul 7. esok bukak kunci opis la aku.....

0 comments: