Lama tak menulis kat sini. Harini baru masuk opis. Lama nyer aku tak jumpa zura. masing2 bergilir gi meeting. semalam aku MC. badan menggigil je, ingat lapar makan banyak pun sama jer. pastu sakit kepala. Pi Poliklinik Muar kena cek mata, kena ambik darah setabung. doktor kata semua normal...dapat MC. Abang pon sama MC gak. siap sambung MC hari ni. dia selesema....
aku kira2 perjalanan aku selama 2 minggu ni agak jauh berbanding biasa. sebab pi KL hampir seminggu, pastu balik keja sehari jumaat, pastu ngundi, pastu ahadnya dah ke KL seminggu lagi sampai khamis, jumaat aku amik cuti. kesian kat anak2.lama tinggal diorang. Jumaat ptg tu aku ke Jelai N9 dan balik semula mlm tu hantar mak mertua , ahad pg aku pegi ke Jelai N9 -anak sedara sanding dan petang lepas majlis kitorang balik sampai umah kul 6.30 dan malam tu aku pegi ke bukit gambir muar hantar mak aku pi berubat pulak. tapi banyak nye abang yg drive, heheh aku co-pilot je. jadi harus la dia yg lebih penat. tapi dok sebelah pun layan anak, kira penat jugak kan...
Ada peristiwa masa ku pegi hantar mak berubat malam tu. Berubat tradisional...Lepas turn kami, mak kena sambung sikit kena urut. jadi aku, abang, atuk dan nurin duk la belakang ruang perubatan sementara menunggu. tgk orang lain berubat. Oh ya, sebelum aku tadi, sorang adik pempuan ni umur area 23-25 tahun, lawa orangnya.Dalam samar2 lampu tu aku tgk terkelip2 mata dia ngadap pakcik tukang ubat tu yg aku panggil Embah Karim. pastu pakcik tu suh dia baring kat tepi ruang tu tido pon tak pe katanya, so dia pun ke tepi lah, mak dia teman. dan lepas turn aku selesai, sorang makcik ni ke depan, lebih kurang sebaya ngan mak. lepas Embah pegang je kaki dia, dia pengsan.pastu mula la pulak babak menjerit2 mintak lepaskan dialah, dia nak pegi lah, ko sapa lah, jangan kacau aku lah... rilek je kitorang,tapi cuak juga...kanak2 di suruh bawa keluar. aku angkat nurin bawak keluar. agak ada yg numpang kat badan dia kot. proses ubat makcik tu dah nak selesai, 5-6 orang gak angkat dia ke tepi ruang tamu dan diselimutkan dengan sejadah. dalam pada tu adik yang cantik masin sebelum aku tadi ..pon mula kan babak dia sendiri. heheheh tetiba je dia cakap siam sorang2.... dengar2 dari percakapan family dia dan Embah tu, adik ni ada roh siam dok dalam badan dia dah nak dekat 4 tahun. Adik tu diselimutkan dengan jubah/baju Embah tu....pastu dia reda.macam2 kisah malam tu. biasa aku tgk kat TV je...ni nampak real depan mata...
0 comments:
Post a Comment