Friday, April 18, 2008

Aku pula Demam

Semalam aku dan Nurin pula demam. melengkapkan pusingan demam 4 beranak.

Mujur bergilir2 demam, kalau tidak siapa nak jaga siapa.

Tp tak dapat menikmati MC yg diberikan Doktor. Keluarga tetap kena layan juga.

Khuatir juga kalau ni berpunca dari air yang kami minum.

Dah 2 tahun aku minum air di rumah hasil RX water Filter. (Ingat lg, aku nekad beli filter ni sebab masa nurin umur setahun, dia kerap demam, dan atas nasihat kawan aku beli). mmm ada sesapa nak beli RX Water Filter dengan aku...???? boleh dapat harga ahli.

Tiba2 ada yg mungkin tak ambil berat ttg kualiti air me'refill' air dalam main flask kat rumah guna air direct dari paip (tanpa ditapis). Lebih kurang sebulan lebih sebelum ni. Dan kami sama2 minum. Mungkin dia kebal dengan air direct tapi aku sekeluarga tidak...
Cuma andaian saja....

So semalam petang sebelum maghrib aku cuci tempayan RX ku dan cuci 1 dari 4 filter dalam RX water Filter (as usual), uiii ...katrij nyer bersalut dengan lumut tebal... kalau aku minum direct maka ini lah hasilnya dan buah pinggangku akan meng'filter' lumut ni.

Harap2 pesanan ku kepada seisi rumah untuk guna sepenuhnya water filter ni diambil berat....

2 comments:

Azurah Anuar said...

kak

saya nak beli la RX ni

berapa sen eh?

hutang bayar bulan2 boleh?

saya janji saya tak lari


hahaha

binanotes said...

ahaaa tak sampai 200,000 sen.
caya2 awak tak lari,
kalau lari pun petronas T.Pitis tak lari kan

sejak subuh sabtu akak balun mandi ngan air RX sampai la ni nk bg pulih demam