Saturday, April 12, 2008

Hujung Minggu...akhirnya kau tiba jua

Akhirnya kau tiba jua. Aku letih minggu ni dan oleh kerana itu hari2 ku menghitung hari akan tibanya hari Sabtu dan Ahad ni. Abang keja syif malam.

Pagi2 subuh adam da memberut. Lantas aku tukar kan pampers dia dan susukan dia, dia lena kembali. Selesai satu tugas dan aku boleh buat keja kat dapur, 1 jam lg ayah dia akan sampai. Da banyak kali aku niat nak buat nasi lemak, tapinya tak pernah jadi. Kali ni aku tekad nak buat jugak, lg pun Adam bg signal baik. Dan siap nasi lemak, sambal, dan ikan bilis dan kacang goreng. Makanan kegemaran nurin.

Malam tadi abang da tolong aku cuci pakaian seround, pg ni aku putar lg 2 round.

9pg - nurin bangun dan terus je mintak water colour set yg baru ku beli semalam. dia ingat promise aku kat dia mlm tadi.

balik opis semalam aku belikan dia puzzle, water colour set dan SAHIBBA. untuk kami habiskan masa bersama weekend ni. jadi adalah perkara bermanfaat boleh dibuat.

10pg - adam pulak bangun, lepas menyusu, aku bubuh dia dalam sling dan bw dia jalan2 di halaman rumah.

by 11pg pagi diorang da siap mandi dan ready nk tidur semula, nurin start play with her toys and puzzle.



0 comments: