Thursday, April 10, 2008

Kursus Aplikasi Internet

Seperti yang dijadualkan dan diaturkan oleh Unit Pentadbiran, hari ni sampai la masa aku kena beri kursus kepada 30 staf Pentadbiran ttg aplikasi yang ada dalam Internet tu, termasuk le camna nak create, buka, hantar dan manage emel.

Pagi aku sempat masak mee goreng utk orang abang dan nurin, mak puasa sunat Khamis biasanya. Lepas solat Subuh aku doa supaya aku leh bagi kursus dengan baik, tak baik pun asalkan jangan orang bosan mendengar aku bercakap kat depan nanti dan sekurang2 nya mereka dapat sesuatu dari apa yg akan ku sampaikan nnt.

lebih kurang 6.50 aku pun turun ke kereta sambil dokong Adam nnt nak pas kat abang dan babai2 diorang. Tgk2 bonet enjin keta ku terbuka. Masalah. Abang pasang jumper ke kereta dia. tak boleh start gak.tgk itu dan tgk ini. Sedar2 jam dah kul 7.10. Nak EL tak boleh sbb hari ni kena bg kursus. Nak tak nak abang kena hantar aku ke opis. Hantar Adam ke umah bb sitter dulu. Syukur lah berlaku ni time abang ada rumah.

On de way aku call zura tolong sampaikan pesan yg kursus tu mula lewat 1/2 jam.
dan aku sampai ke kelas jam 8.40pg. Alhamdulillah sampai gak akhirnya.

dan kelas pun bermula. klik, dan klik dan klik lg . aku raja sekejap je aku punya slide ni dah nak abis. jam baru pukul 10.00. dan aku mohon kat penganjur utk tamatkan kelas kul 1 ptg. ;)

lepas minum pg aku bg kelas tu buat hands on.

dan 12.30 kelasku habis dan makan free Makan Nasi Hujan Panas hari ni....

nanti petang abang akan datang jemput aku di Poli.....

0 comments: