Petang Sabtu yg lalu kami check-in di Hotel Muar Traders, dan abang tinggal kan aku dan anak2 pergi bekerja syif petang. Enjoy nya kami. Aku pernah sebut haritu yang aku ingin kan percutian.
Akhirnya dapat juga aku saat2 itu.
Anak2 suka lah dapat main2, tidur-tiduran dalam bilik berhawa dingin. Ibu dia lagi lah suka.
Bilik 1205. Walau tak besar mana, tapi dia punya susunatur dalaman dia aku suka. Berbaloi la bayar RM145.
Sementara abang gi kerja (balik 11.mlm) aku enjoy masa berkualiti ku dengan anak2 sambil surfing.
Bekalan makanan aku dah siapkan, gerai makan ada kat bawah hotel ni, tapi macam mana nak heret anak2 sorang2.
Pagi Ahad tu , kami breakfast nasi ambang kat warung dan tapau kuih dan lepas tu kami ke Tanjung Emas. Bawa Nurin ke play ground.
Nurin, tak pernah ku bawa ke playground or ber sosial2 dengan orang yang tak pernah dikenalinya, kecuali sepupu sepapatnya yang sebayanya.
Dan dari pemerhatian, Nurin ni lebih suka mengalah. Waktu main tu kalau ada orang saing2 dia nak panjat dia akan bagi orang tu dulu, main buaian pun camtu. Dalam hati, baiknya anak aku ni, tapi mengalah aje karang kena buli la pulakkan.
Sampai la satu situasi tu ada la sekumpulan anak2 chinese ni dok main gertak2 dia, tak de law lah diorang ni naik ikut mana suka je, si nurin ni mengalah lah mengundur dari tangga yang dia naik, maka jatuh la dia. Meraung tak ingat. kesian dia. Nasib dia ni jenis cepat diam kalau menangis. Tapi seronok aku tgk dia. dia enjoy sangat.
Adam- dari datang da merengek2 mengantuk. Aku tak bawa stroller, berdukung aje lah sampai ketiduran.
Untuk memberhentikan Nurin dari nak main tak berenti2 kami ajak pi tgk satu bro ni dok pamer barang2 jualan dia. dan abang belikan dia toys.
Kami check-out pukul 1 ptg dan pergi ziarah emakku sampai lepas isya; baru balik ke rumah MIL.
Lepak nya badan, tapi lega dapat bercuti....
Gambar2 semasa percutian kami :D. more to nak show room yg aku suka sangat tu
0 comments:
Post a Comment