Monday, June 30, 2008

Nurin, Adam




Adam yang semakin lasak. Sejak dah pandai menyelar, bukan main jauh dia boleh pegi. Dah sampai masa nya awak kena naik walker nak.

Aku bentang je toto kat ruang tamu, bagi dia bebas mengeksplore. Si kakak pun pandai jaga adiknya, sana sini dia kepong dengan kusyen, takut adik langgar dinding, takut adik masuk bawah kerusi.

Ohh.. malam tadi balckout, lepas tu cuaca da start angin2, nak hujan. Adam dah lena, si kakak dok ketakutan. Dalam gelap2 tu kami pasang lilin. Muka dua puluh sen je si Nurin ni.

Nurin: Bu pakai lilin tak terang la, ibu pasang la lampu.
Aku: Karen tak de la nurin. nnt diorang (TNB) dah siap repair hidup lah
.
.
Nurin: Nurin panas la bu, pasang la kipas.
Aku: Kan karen tak de, semua tak hidup nurin.
.
.
Aku: Nurin, dah malam ni (dah kul 10.30) pegi tidur
Nurin: Nurin tak ngantuk, nak tgk TV lah, eh kenapa tak idup tv ni
Aku: Nurin, kalau karen tak ada, semua tak boleh idup. TV, Kipas, Laptop, Peti Sejuk, Termos semua tak leh on.
Nurin: ooo camtu, abis tu nurin tak boleh makan la, nak buat susu adik pun tak boleh la
Aku: ooohhh nak makan dan minum boleh sebab air kan ada, nasik pun ada..

Sedang aku nak abiskan doa lepas solat isyak, dalam dia ketakutan dan kegelapan aku dengar dengan nada sedih dia doa:

"Ya Allah Nurin takut gelap, adik Adam pun takut gelap, selamatkan kami Ya Allah"


oooohhhh syahdunya.......

1 comments:

sarahaiman@iowa said...

alaaa..syahdunye..sweet sgt nurin ni..pandai dia do'a ye..siap sebut name adik sekali..pdhal adik dah lena dah..hehe