Monday, August 4, 2008

A Visit

Sabtu malam Ahad MIL dapat call, my SIL warded again ntah utk kali ke 2 atau ke 3. Then, Ahad pg tu aku terasa tak sedap hati, tgk MIL menung2, mungkin teringat anaknya di spital. SIL aku ni kawin dapat duda, anak tiri ada lah... dah besar2 pun, tapi tak ada anak sendiri. Lepas solat subuh, aku tny abang kot2 dia leh amik cuti utk pi lawat SIL kat spital JB sana, bawa MIL sekali. Bila kata jadi je, aku cecepat kuar kan ikan dalam peti sejuk, nak masak, bawak bekal.

Jumaat semalam aku beli perencah segera Asam Pedas kat J.Jusco Melaka. Oh aku ke sana pun sebab teringin sangat nak makan sushi.

Before bertolak, aku kami kena amik keta aku dulu kat bengkel, pg sabtu semalam keta kena masuk bengkel, ganti barang seketul, bearing ke apa ntah relate to air cond. Uhhh masa gi jusco tghari jumaat tu masak kena panggang dalam keta, pasal aircond rosak.

Kami sampai kat Hospital Sultan Ismail JB, jam 2.00 ptg, bukak bekal dan makan dulu. Dah kenyang baru pi naik atas. Tgk2 guard kata tak leh masuk, kena ikut waktu lawatan, laaa pulak. Weekend pun sama ngan weekdays.

Kami pi solat zuhur dulu. Then tetiba lepas solat, abang kata dia dah dapat naik atas tgk kakak. Dengan rasa tak bersalah, kami seludup ikut jalan tepi naik atas. Then adam duk luar je ngan abang. MIL, Nurin dan aku masuk dalam.

Sedihnya... tgk SIL. Tak bermaya. Kat leher satu tiub (tebuk) masuk ubat, kat bawah pusat tiub utk kuar kan air kencing. Then she asked to change her diapers. Lagi la kesian, agaknya dia dah buang air 'B' dari pg. tapi dek kerana tiada sapa yg jaga, so tak de sapa bantu dia, sampai kami datang. Aku tukar kan. Aku, skill ada laa, dah biasa tukar diapers anak, cuma ni orang dewasa je kan. Sebelum tu kena mintak maaf kat dia dulu. Hmmm dulu masa arwah abah kat spital pun aku jugak yg tukar, masa tu aku masih bujang lg. Rupa2nya habis dah kena kat bedsheet dia. Aku request kat nurse tu 1 set bedsheet dan baju utk SIL.

Cabaran.....

Aku dengan keadaan tgh sikit2 mabuk, kena lak ngadap benda ni, tuhan aje yg tau. Aku tahan, jangan sampai muntah. kejap2 lari pi cari fresh air, bukan dek kerana tukar diapers tu je, tapi wash room dia pun dah bau tak sedap, ya lah nama pun tempat orang sakit. Dia tak boleh bangun, then terpaksa golek kan ke sana, golekkan ke sini, utk tukar bedsheet tu.

Then aku turun pi beli diapers utk dia. Tukar pulak lepas tu abang pi beli air bali yg SIL minta. SIL tak boleh masuk makanan, minum air pun muntah semula. Mean badan dia semakin lemah.

Adam, duk luar je, kesian dia mengantuk, sementara aku lalu2 kat koridor, turun naik beli barang, dia sedang main ngan auntie India Guard kat situ. Nurin, no complaint at all, dok je diam2 dengan MIL kat ward dengan SIL. Mujur guard ni boleh berlebih kurang, kalau tak aku kena tunggu sampai kul 4.30. walhal, bila aku dapat naik time ni, dah macam2 perkara aku leh buat. Di mana akhirnya bila kami nak balik, adam dah lena dalam pelukan auntie tu. India pun India lah, mata dah ngantuk, apa kira ...... Kami turun je lif, orang sedang berpusu2 nak naik , sebab dah time melawat ni. Mujurlah kami dah selesai....

Dan mungkin nanti ada adik beradik lain akan datang jengah SIL. opsss suami MIL tak datang sebab dia demam. SIl sedang tunggu utk di scan buanh pinggang, pengesahan , samada perlu jalani hemodialisis atau tidak.

Dengan tak singgah memana umah anak2 MIL kat JB, kami terus meluru balik. Esok nak keja maaaa mana larat. kami sampai umah jam 8 malam. Anak2 dah siap semua, aku tidur awal jam 10. Abang tolong aku uruskan pakain kotor tadi. Mekasih bang.

0 comments: