Friday, September 12, 2008

Salah ke ibu mengandung

2 hari lalu aku ambil cuti.

1st day aku ke klinik desa untuk buat buku merah. Fine lah, nurse tu tak komen banyak, just refer aku ke doktor- prosedur biasa ku kira. Cuma Aku dapat stiker hijau pada buku merah tu atas sebab kelahiran sebelum ni melalui vacum.

Adam pun tak de apa2 complaint dari nurse, so Adam perlu datang lagi 2 bulan.

2nd day, aku ke klinik kesihatan seperti yang di arahkan. Doktor yang sama masa Nurin dan Adam dulu. Dr. Izwan.

Soalan pertama doktor, last baby berapa umur dia? 9 bulan jawabku.

So start le berdas2 doktor lecture aku.

"U ingat tak last pregnancy, banyak kali i dah remind u supaya merancang?" "Tengok ni, yg sebelum ni pun guna vacum"

Mendengus2 doktor tu. Geleng kepala lagi. Sentiasa dengan muka yg .... ish tak suka aku nak cakap dan tengok.

just explain yg aku sebenarnya plan utk guna IUCD haritu. Then dia kata, IUCD tak berapa bagus, cuma 85% je jaminan tak pregnant,

What about Implan?

"daripada u ambil implan better u ambil suntikan 3 bulan sekali or makan ubat"

Chances to prevent pregnancy?

"memang la 98%, tapi u ingat senang ke nak dapat implan tu"

then dia sambung lagi pasal aku pregnant jarak dekat. Like pregnancy ku ini satu kesilapan paling besar yang dia nampak.

Dah rezeki aku nak wat camna, aku syukur dan gumbira je. Doa supaya semuanya selamat.

Mungkin penggunaan vacum seperti menunjukkan ibu lemah untuk push out the baby, dah Adam 4kg nak wat camna.

Lepas tu berderet appointment ku di aturnya.

1- kena i cek kat spital ASAP - sebab jarak kandungan below 2 tahun dengan previous one

2-take MGTT - Previous baby (adam) weighted 4 kgs -paling tak suka (walaupun lom pernah kena, cuma dengar cerita)

3- kena jumpa dia semula bulan depan.

Ahhhh, bosan dengan semua ni. Tapi aku kena patuh demi untuk keselamatan diri sendiri dan baby inside.

7 comments:

Wawa said...

sabar ya kak.

Doktor tu pun patutnya kalau nak nasihat pun nasihat la secara berhemah.

bina said...

sabar, memang kena sabar, tapi kat hati ni berbuku lagi

:(

sarahaiman@iowa said...

isk..siannye k.bina..
apelah doc ni..ni sume bkn kehendak kite..dia beckp tu mcm tak caya dgn kuasa Allah plak..dia ingt kite pun suke2 ke nk beranak rapat2..hishhh..jaja yg bace cerita pun rase tension giler, lom jaja yg dok dpn doc tu lg..dahla kene jumpe dia lg lps ni..
saba byk2 ye k.bina..jgn murung2..nnti bb kat dlm tu pun ikut murung jugak..

p/s:masyaAllah adam tu 4kg ke mase lahir k.bina????semangatnye...kira kuatla k.bina w.pun terpaksa vacuum..besa sgt tu mmg tak larat nk push..kwn jaja baru2 ni baby 3.89kg pun terpaksa c-sect sbb dah tak larat sgt..then takut bahu tak lps..

bina said...

rezeki gaknya ja, masa scan sehari sblm deliver tu doc bajet 3.9kg.lama lak adam nak turun masa tggu kat wad, tapi syukur masa di labour room dalam 2 jam dia da leh kuar. Allah je yg tau rayuan kak bina masa tu spy jgn sampai kena c-sect

ki said...

saya terpanggil untuk komen. saya sebenarnya ke sini nak dapatkan maklumat tentang JDM.

anyway, kawan saya dulu ada pakai IUD. tapi, pregnant jugak. jarak anak dia tak sampai 2 tahun gaklah.

dia pon risau. bukan dia sengaja nak, kan. in fact dan ambik preventive measure. but the doctor was supporting enough. dia kata, takde masalah, as long as your body can take it.

bottom line, kalau Tuhan kata jadi, maka jadilah.

Doktor2 mesia ni mmg generally kerek.

ki said...

ohh lupa nak tambah. doktor tu infact kata, awak patut bersyukur sbb IUD boleh ditarik keluar (IUD dia jatuh. tak perasan pon). Ada kebarangkalian IUD tu boleh melekat kat kulit anak. Kena tunggu lahir baru boleh operate tanggalkan.

So, syukur dan sabarlah dengan dugaanNya.

bina said...

hi ki, tq, leave note kt sini. sekarang ni saya pun berkira2 utk pakai iucd sekali lagi selepas anak 1st haritu, lain orang lain rezekinya. ada juga yg dapat side effect lain setelah pakai iucd. mungkin boleh difikirkan implanon sebagai pilihan.