Friday, November 7, 2008

Jumaat tiba lagi (7 november 2008)

Memang ditunggu2 kehadiran jumaat ini. letih la, keja je kan.

so while driving pg tadi 1 sms masuk. Seseorang EL sebab sakit gigi. hahahaha, "semalam makan banyak sangat ke???"

Semalam sebelum balik dapat call dari bahagian kewangan - esok ada auditor luar nak mai, nak cek aset yg dibeli tahun ni. leceh lah.....

Jadi pagi ni cecepat pi isik perot. Order minuman bersyarat, air soya bungkus no ice, less sugar.....

Ooooo, 6.30 kejutkan nurin dari tidurnya, while si adik masih dalam buai tengah menyusu botol. Nurin, hari ni 7 haribulan 11. hari ni hari lahir nurin ke 4. itu ayat pertama ku pg ni kpdnya selepas dia bangun. So, nurin dah besar sikit, kena jadi budak yg baik dengar kata, dan itu dan ini...... Dia tak tau pun apa maknanya ni semua, tapi at least dia pernah diberitahu.
Dan dia mintak dokong nak masuk keta nak pi umah mak. Aku dokong kat belakang, tak larat dah nak dokong depan.

Ok, petang nanti ayah dia bawak balik kek yg dah ditempah 2 hari lepas.

Dah besar dah anak ku rupanya...

0 comments: