Wednesday, November 12, 2008

Miss my husband

Dari pagi sampai ni dah masuk 3 kali aku call abang. Nak cerita punya pasal. Kalau kena time dia keja petang (3pm-11pm) memang tak de masa banyak nak jupe dia kecuali pg time nak pi keja dan gerak dia solat subuh dan kalau aku larat bangun masa dia balik keja 12 malam. Kesian sungguh la aku ni. Kadang ke gagahkan juga bangun malam, tapi pastu esoknya drive ngantuk2. Sebab tu dari sejak berkawan, tunang dan sampai dah beranak pinak ni, bil telefon kitorang berderet no memasing. Bil pulak takde nye reduce, sama je...

Melainkan salah sorang dari kitorang ni tak bekerja, jadi byk la masa nak dating, ke meeting ke. Ni tak cerita lagi camna nak handle kalau anak dah start skolah. Nurin sepatutnya tahun depan dah leh masuk PASTI ke TABIKA KEMAS ke. Tapi dek kerana tak dapat nak agih masa, menghantar dan menjemput dia dari skolah tu kami terpaksa tangguhkan dulu. Harap sangat supaya ada sesuatu dapat dibuat tahun depan supaya kitorang dapat nak atur semuanya. Mana taknya, abang keja syif, aku lak gi keja kena awal, sebelom kul 7 kena pastikan dah kuar rumah dan balik dekat senja. Tu lom cita kalau kena out station. Ahhhhhhh pusing kepala kalau pikir.

0 comments: