Wednesday, November 19, 2008

Tak de tajuk

Okeh, semalam (selasa) pepagi tanpa buat sarapan bagai, tinggal kan kids dengan ayahnya, ohhhhh nurin still panas, aku meluru ke klinik utk MGTT, but before tu aku singgah ke rumah baby sitter inform yg kami tak hantar Adam dan hanya akan hantar dia pada hari rabu. (aku dan abang pening +sedih+geram petang isnin tu sampai ke malam sambil bincang kes adam dan baby sitter)

Lepas register, jururawat amik darah setabung dari tangan kanan dan kemudian bancuh kan aku se gelas besarrrr air gula. Yaaawwwwww rasa dia. manisssss nya macam muka yang bancuh. sampai nak muntah rasanya. at 10.30 nnt kena datang balik.


on d way balik singgah ke satu lg klinik ushar2 kot2 jururawat boleh bg slot utk checkup Adam dan Nurin. Yupp... dapat, tapi before 11 nnt lah.

@10.30 sampai kat klinik dengan abang. Adam dapat 1 jab for MMR. hari ni Adam look like hero lah, no cry pun time dapat hadiah jab tuh. waktu timbang pun steady je tunjuk macho dok tenung muka jururawat tuh (tak dapat nak snap sebab tak pegang HP ). Mujur lah, walhal dia ni terover aktif, tak diam walau seminit.

Nurin cuma timbang dan ukur tinggi saje. Dia demam. tapi sejak dah age 4 ni dia boleh maintain lgi walaupun demam, semangatnya kuat. Lepas tu bergegas ke Klinik kesihatan utk bagi tangan kiri lak amik setabung lg darah. Aku mintak MC, memandangkan dah tengahari nak pi kejar ke opis dan makcik da tak larat sebab posa sejak kul 10 malam tadi kan.

Pagi tadi since 2am, Nurin dah tak boleh tidur, kejap2 mintak peluk. Dan terasa badannya tersangat la panas. Tapi tak nangis. Since ayahnya tak de, aku kena gagah juga bangun, bubuh tuala basah kat kepala dan ketiaknya bagi panas tu reda. Evey one hour aku terjaga lepas tu dan sedar2 dah subuh dengar tapak kaki MIL dan BIL yang nak pi solat kat masjid. And ada 1 sms, someone told to take EL, dia dan anak2 tak sihat. oooo ok lah.

Aku tinggal je Nurin di rumah after bg dia minum susu dan ubat. Mak saudaranya ada sementara ayahnya sampai rumah nanti. Hope she'll be fine. "Ya Allah sihatkan lah anak2 ku, aku terpaksa tinggalkan mereka untuk mencari rezeki."

Babai2 adam tinggal kan dia dengan bb sitter. Terpaksa pecut laju sebab dah terlewat ke pejabat. dan sampai2 je lepas punch card, kak ikin remind aku yg hari ni ada meeting KSP. Busannyaaaaa......

Meeting meleret seperti biasa, tapi kali ni aku seperti bersemangat pay attention. Big boss naik pangkat dan akan berpindah. Dengar dengan baik lah, segala pesanan2 dan amanat2 dia dalam meeting ni. Bagi aku she's great. Pengganti nya nnt harap2 great juga lah. Sedih lah kalau pikir2.

0 comments: