saya sedang menghitung hari... tinggal beberapa hari saja lagi saya akan kembali bertugas. saya tak kisah sangat utk pergi kerja hari-hari tu. walaupun penat memandu sejauh 100km pergi dan balik setiap hari. cuma kalau kena bertugas di luar daerah, itu sangat lah tak best :(
satu lagi saya sangat malas hari2 nak pikir nak pakai baju apa, lebih2 lagi jika perlu iron baju. biasanya mesti cari baju yg tak payah iron. rasanya ramai yg sependapat. saya ada simpan banyak kain (kain ela yg belum dijahit). ada yg saya beli semasa mengandungkan nurin lagi, hmmm yg ni kalau dikira design dah tentu ketinggalan zaman, sebab dah 5 tahun yg lalu. termasuk yg saya baru beli masa lepas confinement baru2 ni, saya ada 8 pasang kain ela yg belum dijahit. sejak 2 minggu lepas, saya ada berusaha utk menjahit baju sendiri dan pulak tu teringin nak buat kurung riau/kurung pahang. tapi sehingga petang tadi saya berjaya memotong dan mencantum 3 pasang pakaian. saya kira bersyukur / berjaya sebab dalam sibuk2 dengan anak2 yg comel tu saya dapat buat walaupun tak sampai separuh dari bilangan yg ada.
(sila abaikan sepah2 kat tepi tu) tapi baju tu masih belum siap 100%. saya perlu kelim dihujung baju dan tangannya.
esok pula saya akan pergi ke klinik untuk dapatkan present (jab) Adib di pehanya yg gebu itu.
semalam petang, saya dan mak kalut sebentar, sebab dapat call atuk sesak nafas, kami bekejar ke klinik, nak jengah atuk sebelum atuk dibawa oleh ambulan ke hospital.BP atuk jejak 193. saya kira itu sangat tinggi. tapi Alhamdulilah, jam 9.30 malam kami dapat call dari makcik, kata atuk dah lega lepas dimonitor di hospital dan dah dibawa pulang ke rumah.
0 comments:
Post a Comment