Wednesday, May 20, 2009

Segala Puji Bagi Allah

Sungguh lena tidur pagi tadi sedar2 jam 5.45pagi dan hujan sedang turun dan angin menderu.
Entah apa yg disibukkan sampaikan masuk hari ni dah 3 hari masa saya ngam2 saja nak berkejar ke pejabat. Tapi memang pun kalau sang suami kerja pagi saya lah harus menghantar ke tiga2 putera dan puteri kami. si kakak harus ke rumah si atuk dan 2 lagi tu ke rumah baby sitter.
Oleh kerana hujan, si adik2 ku yg 2 orang itu naik sekali kereta ni. Terdetik "aku akan lewat nampaknya". 3 perhentian keseluruhannya. Rumah mak, sekolah dan rumah baby sitter. Selesai hentian terakhir jam dah 7.15. Sms kawan kata bgtau saya mgkin akan terlewat. Sebab hari biasa (tak hujan) perjalanan saya makan masa 45 minit (tu kalau saya tekan 120km/h). kalau memandu secara berhemah makan masa 1 jam. Kereta lebih banyak dari biasa, mgkin sebab hujan masing2 kena guna kenderaan berbumbung dan berdinding. Bilangan lori pun lebih banyak dari biasa. Semua orang terlewat ke. Saya mengomel sendiri bila ada satu part tu Proton perdana (kenderaan ke 8 dihadapan sana )memandu terlalu perlahan. 60km/j. ini dah macam kelas memandu je.

Hujan masih terus membasahi bumi....

Saya pasrah, cuma saya doa mintak saya terus dilapangkan, walaupun dalam kepala dah terbayang punch card merah, kena mintak signature dengan boss, belum nak kena pikir alasan munasabah, walaupun alasan yg sebenar memang hari hujan (tapi alasan ni tak diterima di atas punch card). saya terus panjat kan doa dengan hati yg betul2 pasrah, betul2 saya merayu dengan sungguh kepada-Nya. saya dah tak pandang jam di dashboard kereta, sebab lagi saya pandang lagi gundah gulana jiwa.

Dan akhirnya saya sampai ke perkarangan pejabat, lekas2 kejar jam pengetik dan Syukurnya tgk jam kat situ 7.53 pg.

Punch card kawan2 lain masih ada kat situ, diorang pun lum sampai.

Saya bersyukur kerana Allah mendengar rintihan saya sepanjang perjalanan saya tadi.


Orang boleh kata , alah pucnh card punya hal je, lewat sekali2 tu biasa leee.... tapi sejak dengan pengurusan baru ni saya jadi lg tak kuasa nak ngadap mintak sign , kena lak sebabya lewat.

0 comments: