Monday, July 6, 2009

Saya sedang menyiapkan bekalan Adib utk ke rumah mak saya. Oleh kerana baby sitter mintak cuti esok sebab nak hantar anak mendaftar belajar, anak saya akan diterbangkan khas ke rumah atuk. Saya khuatir en abang tak tertangan nak menghandle 3 kanak2 serentak. Maka dengan tak sampai hatinya saya terpaksa mintak tolong dengan mak saya yang tercinta.
Satu cabaran juga utk en abang, nak uruskan Adam yg masih belumk pulih sepenuhnya, yg makin tambah akal suka suki nak merajuk walaupun kerana hal yg kecil.

Dan mula minggu ni dia sudah pandai iri hati dengan adik yg sedang nenen, maka dia pun merengek2 nak mintak di riba 0r di dokong. Aduhai kasihan dia.....

Tadi Nurin dok berzikir di telinga saya mintak saya betulkan PC pasal utube Upin dan Ipin dia tak bunyi. Tak tau silap tang mana, pasal sound mp3 lain boleh pulak dengar. Mungkin boleh digeledah cari apa sebab tak bunyi, tapi ibu dia sibuk kira produk2 Srasee yg nak di order dari kompeni.

0 comments: