Friday, August 14, 2009

Masak apakah hari ini ??

Hari ni tak terjangka akan bercuti. jam 2 pg dpt call ada kematian (bapa kepada biras saya). Abang perlu pergi melawat, maka saya kena paksarela bercuti jaga anak sebab baby sitter pun bercuti sejak semalam dek kerana jaga anak di wad kerana demam.

Pagi2 saya tak masak, tapi beli je, ada lontong, ada nasi lemak, ada bihun goreng, ada apam balik, ada kuih bingka, ada kuih seri muka.. ohhh banyak nya. yg nak makan si ibu dan si bapa je. si kakak makan memilih, adam pulak sesuap dua.


Sebelum tu, malam tadi saya masak tuna dalam tin. saya tumis bawang dan masukkan saje tuna kacau2 sampai garing. Nurin kata macam ikan je. memang lah ikan nak oiii.

"Tapi mana tulangnya buu????"

- tulang nya dah tak de pasal kalau ada tulang nnt nurin tercekik tulang lg

Sedap katanya.......



Menjelang tengahari, saya masa apa yg ada saja dalam peti ais, crab stick, bebola sotong,sosej, lobak dan kobis bunga. saya campur semua masak tumis air jadi ala2 sup campur.


Sebelum maghrib, nak cepatmaka saya suap si kakak dan si adam sekaliarung. berlaukkan lauk tengahari tadi

lepas 2 suap, nurin cakap, "Ibu, jangan suap akak squidward" 3 kali dia sebut baru saya paham.


owwwhhhh nasib baik squidward Nak, kalau ibu suap patrick ke, spongebob ke boleh ke awak telan?????

0 comments: