Tuesday, September 1, 2009

Mesyuarat, berkesankah?

Dalam sesebuah organisasi, samada di peringkat negara, pejabat mahupun rumahtangga, kita dituntut untuk bermesyuarat untuk memutuskan sesuatu perkara supaya keputusan yang dibuat itu adalah melalui suara ramai, dimaklumi, difahami dan dipersetujui bersama.


nak mesyuarat, mesyuarat la... tapi agak2 la jangkamasanya tu

Kalau buat mesyuarat, tak perlu lama-lama, tak perlu meleret-leret, nanti hilang konsentrasi. Agak2 kalau dah lebih 2 jam tu biasanya orang dah start toleh ke kiri, ke kanan, senyum dengan kawan kat depan, cuit kawan sebelah, borak, bersms, tak kurang juga ada yang tertidur. Kena pulak bulan puasa.

Meeting hari ni betul2 buat saya tak betah duduk di kerusi. Ni ntah kali ke berapa bermesyuarat dengan bos ni, makin lama makin panjang. Kalau dgn bos dulu, jarang bermesyuarat dan sebulan sekali la kot. Mungkin dia sibuk.

Tapi dengan bos baru ni setahu saya, sependengaran saya dia memang terlalu sibuk orangnya, meeting luar kerap. Tapi dia memang nak jugak panggil meeting pengurusan 2 bulan sekali, ingat dah 2 bulan sekali boleh la pendekkan masa. tapi 1 meeting ambik masa setengah hari. lepas tu sebulan 2 kali. Itu baru 1 jenis meeting ya. Yang ada sekarang ni 3 jenis meeting (minima).
Boleh la darab yer, berapa lama masa saya perlu melanguk dalam bilik mesyuarat tu.

Kerja yg diberi ni yang sedia ada tetap perlu dieselesaikan. Setiap kali mesyuarat, tiap kali tu lah ada saja idea2 bernasssss dilontarkan untuk di realisasikan. Sapa yg nak kena buat??? kami2 jugak lah yng jadi burung belatuk di bilik beku tu.. Mana tak beku, aircond sejuk. sampai muka dah pucat macam zombie tahan sejuk.


Tertanya2 juga kami sesama sendiri, tak ada ke sesapa berani tampil ke hadapan memberi cadangan supaya mesyuarat yg kerap ni di pendekkan masanya, supaya lebih banyak kerja boleh dilunaskan. Tapi tak de sapa berani mati...


p/s: kata keja banyak, berblog sempat pulak.

jawapan saya: meluahkan apa yg berbuku di hati sebagai terapi untuk mengurangkan stress

0 comments: