Bila pandang cermin rasanya macam eh aku ke ni? Muka saya macam di pam2. timbul dah anak dagu. Tembam sungguh muka saya. Nanti orang kata wah senang hati sekarang, kerja dah dekat dengan rumah. Tak juga, tak pulak saya menyempat memasak pelbagai juadah kat umah tu, tabiat makan saya masih sama, cumanya mgkin kerana dalam 2 minggu ni jemputan ke jamuan makan2 tiap2 hari, pekena pulak rendang, sate, laksa, murtabak. Kena usaha lebih lah lepas ni nak turunkan berat badan. Tapi kalau ada jamuan, tak pula menolak.
Kalau sesiapa tgk perut saya, dan kemudian bertanya, mungkin diorang akan percaya kalau saya kata saya mengandung 4 bulan. Macam yg pernah saya tanya kat wife kawan husband, tapi tak tau la masa tu ntah kenapa laju je mulut, tanya dah berapa bulan??? Terperanjat dia, dan geleng kepala tanda tak ada apa2. Siap saya mintak maaf, malu pulak tanya soalan cepu emas gitu.
Cerita pasal mengandung, hari ni 2 orang kawan dapat baby. Buat Farah, tahniah dan syukur setelah sekian lama menanti kehadiran cahaya mata. Hmm En Ajim lak dapat hero ke 3.
0 comments:
Post a Comment