Tuesday, December 1, 2009

Sup gear box

Hari sabtu lepas, kami dapat hasil 'pengorbanan' oleh Staf jabatan Kastam Muar. Punya tak sempat, lepas dapat saya terus je masuk daging tu dalam fridge. Kalau ikut kebiasaan, tah bila saya akan jengah semula utk di masak.

Semalam pula, MC, tak ada kudrat nak memasak, makan rumah, mak. hari ni pepagi dah sarapan di luar kes, tak kederat lg, juga kerana habiskan masa di pekan parit jawa tggu klinik balbeer singh bukak sebab nak mintak sambung MC.

Sesampai saya dirumah, tiba2 datang semangat nak memasak utk hidangan tengah hari. Berkira2 juga nak memasak. kalau berat2 akak tak larat.



Sup Tulang a.k.a gear box.


Daging lembu berserta tulang kira2 2 kg (berat tulang)

Bawang Besar - hiris2 saja
Bawang Putih - diketuk
Bawang Merah - hiris halus
Halia - sebesar ibu jari

Kayu manis
Bunga Lawang
Cengkih
Buah Pelaga

Lobak Merah (kalau nak ada sayur dalam sup)
Tomato - 2 biji
Limau Nipis utk rasa masam, tak pun boleh ganti dengan asam keping

sedikit sos tiram - 1 1/2 sudu besar
gula - sesudu
garam - secukup rasa
air - banyak mana kuah yg kita nak


sebuk lada putih -sedikit
serbuk lada hitam -sedikit
serbuk sup daging - sesudu


Mula memasak:


Basuh daging lembu dan tulang dan rebus dengan api sederhana, takut kalau bg api besar nnt daging jadi liat. rebus sampai minyak dia kuar. saya buang air rebusan pertama ni, kot2 ada darah.


Tumis bawang merah, kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang dulu sampai naik bau.

lepas tu baru masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih serta halia. bila dah naik bau sekali lg, masukkan tulang dan daging yg dah ditoskan tadi. bubuh air utk kuah.

masukkan lobak.

rebus, sampai didih dan daging empuk.

masukkan serbuk lada putih, lada hitam dan sebuk sup

perah limau nipis

masukkan sos tiram

juga garam dan gula sebagai penambah perisa

masukkan tomato dibelah.

selesai sudah

------------------------------

gambar2 sepanjang proses

:)




bawang goreng saya buat sendiri, hiris halus bawang merah dan sebelum goreng, taburkan sedikit tepung beras, gaul2kan baru goreng, bawang goreng akan jadi rangup.





boleh makan dan hidang dengan bawang goreng dan daun sup.


1 comments:

acit said...

tq sayang... cuma x dpt nak bg jiran sebelah merasa