Tuesday, February 16, 2010

Adib 1st birthday

Tiada apa yang istimewa sempena hari lahirnya. Doa sebagai pelengkap, dan yang penting sekali saya ada di rumah bersama Adib dan yang lain2 (Nurin, Adam dan ayahnya).


16 februari 2009, setahun yang lalu diketika ini, jam 11.30 pagi saya baru sampai di Tey Maternity Muar. Kena bebel2 dengan Dr. Tey, kena sound kenapa lambat datang sebab bukaan dah 5 cm masa tu. dan selepas berperang dengan contraction lebih kurang 1 1/4 jam Adib lahir berdesup keluar bersama2 air mentuban yang pecah sendiri.

Perkembangannya biasa sahaja, baru belajar berpaut, berdiri, walau agak lambat berbanding yang lain, namun syukur ada peningkatan. Badan cekedingnya tu menampakkan dia masih terlalu kecil, seolah2 bayi baru lahir.

Semoga Adib serta Nurin juga Adam membesar dengan sihat, bijak dan soleh.

0 comments: