Saturday, February 20, 2010

aktiviti hujung minggu

Hujung minggu saya bermula sejak khamis.Menghabiskan cuti utk momen-momen indah bersama keluarga kononnya.

Hasilnya memang indah lah. dengan jerit pekik bersama anak. lalakan, tangisan anak2. tawa riang. aksi rebut merebut antara si kakak dengan adik, siabang dengan adik, macam hal. adatlah tu semua sebagai penyeri rumahtangga.

orang tanya cuti lama2 nak jalan ke mana. tak ke mana................


































laman depan sampai ke belakang rumah dah hampir habis botak rumput2 parasit tu di kitai dek suami. ulat gonggok pun dah tak de tempat nak berlindung, mati menggelepar kepanasan, hangus hitam terbakar.

en suami pun tak kurang sunburn nya. hitam-hitam si tampok manggis, walaupun hitam tetap dipandang manis. ecewah.

hari ni sudah sabtu, esok, lusa dah kerja semula. bunga2 malas nak pergi kerja sudah berputik. kacau sungguh. mujur tak ada faktor2 negative. motivasi kerja bisa jatuh, kalau sejarah ditempat lama berulang kembali.

sejak minggu lepas, tak dapat nak menikmati hidangan yang lazat2 yang pedas2 apa tah lagi. ulser di bibir, mematikan selera saya. Namun tugas sebagai tukang masak harus diteruskan bagi mengisi perut2 penghuni rumah yang lain. Kalau cerita bab makan, celik je mata, teringat anak nak disaji dengan menu apa hari ini, tak lupa juga sajian untuk suami. Bila di fikirkan, mungkin juga itu sebenarnya naluri seorang ibu/isteri. Hmmm naluri atau tanggungjawab eh. Kalau dulu, anak baru sorang, bila bunga2 malas datang, boleh je keluar makan kat warung ke fastfood ke. Bila masuk anak kedua, boleh lah jugak layan. Masuk ada anak 3 boleh boleh bilang dengan jari berapa kali kami makan luar. paling tidak beli aje la lauk tapau bawak balik umah. tapi sendiri mau ingat bila anak da ramai berapa belanja perlu dikeluarkan nak layan tekak yg selera tak sama.

Jadi menu hari ini, tom yam ayam + sayur. Paling ringkas, all in one.

0 comments: