Friday, April 9, 2010

Kawan Nurin...

Waktu rehat yang panjang, saya hanya menghabiskan masa di ruang pejabat, menghadap komputer, tapi tiba2 hati rasa ingin menjengah kawan sekelas Nurin @ anak rakan sepejabat @ anak kepada cikgu adik2ku = Fathiah. rasanya dah masuk 3 malam dia dimasukkan ke wad kanak2. Puncanya nafas sempit tiba2 di tengah malam sebelum dibawa ke bahagaian Kecemasan Hosp dan terus di tahan di wad. Semalam dapat juga menjengah Fathiah, tapi ibu dan ayahnya tak ada disitu = bekerja.

Hari ni, rasa nak menjengah kot2 Fathiah belum discharge lg. Semua ahli keluarga nya ada, Ayahnya, ibunya (cikgu Emi). dan adiknya. nama pun kanak2 tak sihat pun masih aktif lagi, mewarna (rajin budak ni). Rupa2nya adik Fathiah (sebaya Adam) pun semalam masuk wad. Masalah yg sama.

Hati rasa sebak, tgk anak2 tak sihat. Hati tersentap teringat anak2 di rumah @ lebih tepat lg di rumah babysitter. Bersyukur kerana anak2 saya tak teruk sangat sampai perlu warded. 2 minggu anak2 berperang dengan demam dan selesema. Doa tak putus2, saya panjatkan. Mohon dijauhkan dari penyakit parah @ sebarang wabak yang melanda, tak kenal musim.

Mengenang nak melayan anak2 sakit dirumah pun kelam kabut, inikan pula melayan anak2 sakit dihospital. Semoga anak2 cikgu Emi tu cepat sembuh. Kesian tgk dia melayan anak2. adatlah, mana yg susah nak makan ubat, mana yg mengacau si kakak mewarna, cubit sana sini, sakat sana sini.

Doa supaya cepat2 semua sihat dan boleh balik rumah cepat. Rumahku syurgaku kan.

0 comments: