Tuesday, May 4, 2010

Bila perlu melangkah keluar daerah

Sudah lama, agak lama saya tidak bertugas luar daerah yang memerlukan saya bermalam di luar meninggalkan anak2 kecil ni. Sejak berpindah, memang belum ada seruan utk itu. Hmmm merasakan diri berada di zon selamat :P


Tapi sampai bila nak mengurung diri kan. Ilmu kena dicari. Kehendak jabatan (kursus 7 hari setahun) juga perlu dipenuhi.


Namanya bila nak outstation banyak perkara perlu difikir. Nak tinggal anak? atau angkut saje semuanya. Kalau tinggal boleh saje menumpang kat rumah kenalan2 yg dekat dengan lokasi kursus. Pandai2 la suami nak jaga 'beg tangan'2 yg kecik2 tu. Tak payah berkemas bagai keperluan mereka. Cekalkan hati je utk meninggalkan mereka. Tapi..... bila mengenang tangis Adib di tengah malam, meraba2 mencari ibunya utk menyusu, cair mair hati saya.

Terkebil2 ditengah malam memikir, samada nak bawa bersama atau tidak anak2 ni. Bawa anak2 bermakna bawa sekali ayahnya . Tengah2 malam baru la dapat buat keputusan. Mula la tangan mencapai sana dan sini, buka laci sana dan laci sini mencari pakaian dan keperluan. Bermakna otak menjadi ligat. memikirkan hotel/lodge - sempat lagi mengGoogle ditengah2 malam. Google Map juga sangat membantu.


Masa untuk tidur...


Rasanya dlam tidur mlam tadi, minda ni masih bekerja. Berapa pakain hendak dibawa, apa bekalan makanan.


Ini namanya dah berkeluarga. Kalau masih bujang bergerak secara solo, mgkin lebih mudah. tapi tak meriah hidup.


Seperkara lagi, cik bedah (Nurin) pun akan dicutikan dari sekolah - pandai2 je mak dia ni. Tapi sebelum tu harus lah disemak dulu samada minggu ni minggu peperiksaan/ujian atau tidak. Kalau ya, harus lah dia ditinggal bersama atuk. dan apabila jawapannya tidak, ye dapat la dia ikut bersama (tercapai la hajatnya nak tinggal di hotel- dari minggu lepas asyik bertanya bila nak stay hotel). Entah apa seronoknya tinggal di hotel. Guru PASTI nya juga berjanji akan membekalkan dia dengan lembaran-lembaran untuk ulangkajinya selama dia bercuti 2 hari. terima kasih tak terhingga Cikgu.

maka saya teruskan perjalanan ke pejabat hari ini, pesanan penaja ditinggalkan buat suami utk menyambung sesi mempacking barang2 utk dibawa.

Jam 5 petang mereka semua kena menjemput saya di pejabat sebelum meneruskan perjalanan ke Seri Kembangan atau lebih mudah cakap nak ke Kuala Lumpur.

3 comments:

mamaSarah said...

Sejak awak tinggalkan saya... asik keluar daerah ajer... memula berulang jugak balik susu anak, sekarang tinggalkan dgn bbysitter, fyi, kursus saya dah cukup 7 hr .. perhimpunan bulanan akan terima sijil...

bina said...

kak kin, bab bila kena tinggal, saya memang sangat2 simpati dengan akak, faham perasaan akak.

tahniah juga kak, sbb dah cukup 7hari.-kalau dulu dah hujung tahun berebut nak pi kursus kan . saya ada kurang 1 lg hari je lg ni.

bina said...
This comment has been removed by the author.