Wednesday, May 12, 2010

Kisah alam di pagi ini

Pagi ini saya agak terlewat keluar rumah. Kemaskan tudung yang dipakai ni, pin sana dan pin sini semuanya dalam kereta, selepas hantar anak2 ke rumah pengasuh. Sambil mulut bercerita dengan suami tentang isu semasa, tentang anak2, tentang projeknya yang masih belum berjalan. Kejap2 jeling jam. Sah lewat ni! Tapi saya buat2 tenang, kesian yg drive.

Sepanjang perjalanan, nampaknya kenderaan-kenderaan lain dipandu dengan tenang oleh pemiliknya. Jadi kami ambil kesempatan mana-mana yang perlahan kami potong.

Tiba di satu tempat, lori didepan memotong maka kami juga memotong, bila lori dan kereta kami dah masuk semula ke lane sendiri, nampak ada sorang lelaki sedang tunduk mengambil sesuatu di atas garisan putih ditengah2 jalan raya dan hampir, kepalanya tersangat hampir dengan lori yg baru saje memotong kenderaan bersama kami. Kami yang nampak situasi tu hanya mampu beristighfar. Lane kiri dan kanan penuh dengan kenderaan.

Bukan nak cerita tentang kisah orang tu hampir kemalangan........

Tapi apa yang mengusik jiwa saya, ialah sikap lelaki tersebut....

Bila kereta kami menghampiri dan lalu di sebelah lelaki tersebut, kami nampak di tangannya menggenggam seekor Burung Tiong. Ya, itu lah makhluk yang cuba diselamatkan oleh lelaki tadi sehingga dia sanggup menggadai nyawanya sendiri, sedangkan dia sendiri belum tahu samada burung tersebut akan terus hidup selepas diambil olehnya.

Kalau anda berada di situasi lelaki tu, anda buat tak macam dia?

Sekilas pandang saya kata, mulianya hati dia, selamatkan burung biarpun nyawanya dalam bahaya. Saya bermonolog : kalau berlaku perkara buruk pada dia tadi, Allah akan selamatkan dia sebab tindakan dia yang baik itu tadi.


Perjalanan diteruskan. Mengejar punch card, khuatir MERAH pula.


Tiba-tiba mata terpandang seorang lelaki cina, tua, kurus, tak bermaya yang sedang berjalan di tepi seberang sana jalan raya tiba-tiba rebah tersungkur. mukanya tersembam ke tanah macam orang sedang bersujud. Kami panik, rasa nak berhenti. Kami perhatikan dari jauh. Dia berusaha untuk bangun dalam keadaan terkial-kial. Kereta kami semakin perlahan kerana menghampiri traffic light merah. Bila kami lalu dekat dengannya, dia sudah berjaya bangun dan duduk di tepi jalan. Ditangannya ada plastik macam plastik makanan. Aaaa sedihnya. Bila tengok dia masih boleh bergerak dan duduk ditepi tu, saya rasa lega, kalau tidak kami akan bawa ke hospital. alang2 sehala.

Itu lah kisah alam di pagi ini, yg kedua2nya meruntun hati saya.









.

0 comments: