Friday, July 2, 2010

Orang perempuan mesti pandai masak

Orang perempuan mesti pandai masak

Waktu baring-baring menyusukan Adib, Nurin baring menggesel-gesel, manja-manja di kaki saya. Ini memang habit dia, Dia memang manja.

“Ibu, nanti akak dah besar, kalau tak pandai masak macam mana?”

?????

Erkkk.. awal nya dia risau tak tau memasak

“Tak pe , nanti ada masa ibu akan ajar Nurin masak, ok ? ”

“Ok.”

Sambil tarik tangan saya dan cium2. Itu satu lagi habit dia yang kadang-kadang saya rasa geli geleman. Nanti bila dia dah besar, mungkin dia tak buat camtu lagi, jarang, buat atau tak buat langsung. Masa tu mesti rindu dengan gelagat dia.

Esoknya, sedang siap-siap ke sekolah dan saya nak ke pejabat, masa tengah sikatkan rambut dia, saya bagitau, esok kita semua akan ke majlis perkahwinan saudara di Rengit bawak atuk (mak saya) dengan nenek (mak kepada mak saya).

“Habis tu bila ibu nak ajar akak masak?”

???????. Sekali lagi, dia sibuk, risau pasal nak belajar masak.

“Bila-bila kita dah lapang, kita belajar masak”

“Oh, ok. Bila adik-adik dah tidur, ibu ajar akak masak ye!”

Dia tau, kalau adik-adik ada berkeliaran, dah tentu saya tak dpat tumpu sangat perhatian pada dia.

Seingat saya dulu, saya tak de tanya mak, bila nak ajar saya masak. Tapi suka tolong / kacau mak menumbuk dengan lesung batu, tumbuk kacang, bawang, bilis. Lepas tu sekejap-sekejap tanya:

“Mak dah ke ni”

“Dah halus ke belum”

“Bawang nak masuk berapa biji?”

“Ikan bilis berapa ekor?” - ada ke orang masak kira bilis berapa ekor nak diguna?

Saya pun tak ingat dah sejak bila saya tau masak sendiri, tapi memang lambat lah. Cuma masih ingat lagi, terasa sangat berjaya memasak untuk keluarga, mungkin tingkatan 1 atau 2 kot. Masak Sup Kentang je pun. Soo hoon pun tak bubuh. Tapi tersangat tak sabar tunggu mak dan abah balik dari kerja kebun, nak bagitau saya dah masakkan diorang.

Mak senyum . Mak siap puji walaupun masa tu tak tau apa rasanya Sup Kentang yang saya masak. Mak memang baik, mak akan jaga hati anak-anak. Mak juga tak pernah paksa saya, marah saya untuk belajar memasak. Mak biar je saya bergelumang dengan kerja sekolah dan buku-buku. Sampai saya naik lemak.

Lepas tu masuk Universiti, lagi le tak duduk dapur. Lepas tu kerja tinggal kat rumah bujang, rasa nak masak, masak. Kalau tidak orang kat kedai la masakkan. Lepas tu dah kahwin pula. Haaa, nak tak nak, kena la masakkan suami. Syukur Alhamdulillah, suami bukan cerewet tentang makanan.

Nama pun perempuan, memang kena pandai masak. Orang tua pun ada sebut-sebut selalu, “orang perempuan tinggi mana pun belajar, akhirnya kena ke dapur juga”







.

0 comments: