Friday, August 6, 2010

Kembara Mahkota Johor


Kembara Mahkota Johor. Sekali lagi Tuanku Sultan Ibrahim turun ke Daerah Muar. Rasanya tahun 2010 saje dah nak masuk tiga atau empat kali Tuanku singgah ke Muar (dari perkiraan saya kalau tak silap).


Pernah sekali, dalam perjalanan ke Hospital, pagi-pagi lagi dah sibuk-sibuk orang Majls Perbandaran Muar standby depan kedai makan yang ada jual Sate waktu Pagi. En Suami saya rajin, dapat la mencelah-celah ambil gambar Tuanku.


Sempena lawatan Tuanku kali ni pada 7 - 9 Ogos 2010 ada la tempat-tempat yang dapat tempias termasuk kampung kelahiran saya. sekejapan saja, tak sampai tiga hari tembok ni dah tersergam. Kampung kelahiran saya ni tak ramai yang tahu kewujudannya di daerah Muar ni. Nanti ada saje yang tanya "Kampung Sungai Kemudi tu kat mana?", "sebelah kampung apa?", "eh tak pernah dengar pun". Walhal kampung sebelah menyebelah tu dikenali. YB Dato Razali Ibrahim Ahli Parlimen Muar tu juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan tu asalnya orang Seri Menanti, selang sebuah kampung je.


Kenapa tembok putih ni terpacak di depan kampung saya? Dalam rangka lawatan, Tuanku akan ke majlis perasmian dilokasi Sungai Sudah. Maka petunjuk disepanjang jalan diperkemaskan lagi. Tembok putih sebagai penanda sempadan Mukim Sungai Balang dengan Mukim Seri Menanti. Petang nanti mungkin tembok ni akan siap sepenuhnya berserta dengan tulisan.

Pasar Awam Muar di bawah ASTAKA juga dah dibangunkan khemah. Tuanku akan melawat Pasar Awam Muar. Sila lah siapa yang tak nak lepaskan peluang berjumpa Tuanku.

Sibuk nampaknya Bandar Muar hujung minggu ni dengan Kembara Mahkota Johor dan PIKOM PC Fair.

0 comments: