Monday, August 30, 2010

Kurus Dengan Tanpa Kos

Semalam ketika saya menunggu sang suami bersolat di Surau Petronas Jalan Sulaiman, ada satu nombor dari caller yang tak familiar menerjah ke handphone saya. Suara seorang lelaki. Mencari saya sebagai penama seperti tertera di laman web herbaprima.com.my selaku pengedar produk diet, pelangsing badan. Sudah lama saya tak menjengah laman web itu. 3 bulan yang lepas saya telah emelkan kepada webmaster supaya menggugurkan nama saya dari websitenya. saya kasihan kepada para pemanggil yang bazirkan duit mereka dua tiga puluh sen nak call saya untuk dapatkan Jus Mate 5 dan lepas tu baru tau yang saya bukan lagi pengedar aktif. Produk bukan tidak bagus, cuma saya tak berdaya kuasa nak menjual secara aktif lagi kecuali kepada kawan-kawan terdekat yang boleh bersabar dengan masa menunggu.

Sibuk hendak beraya, sibuk juga hendak menguruskan badan. Mungkin nak tampil dengan imej baru hari raya nanti.

Amalan utama dah tentu wajib dilaksana, amalan sunat jangan diringan-ringankan. Ambil saja peluang di bulan ramadhan ni untuk menguruskan badan.

Waktu mengemas pakaian-pakaian lama, ada yang dah lebih 2 tahun saya tak menyarungnya. Tak sarung blouse tu sebab mula mengandungkan Adib. Sekarang Adib dah 1 tahun 1/2. Tersenyum sorang2 bila baju lama saya dah boleh sarung semula dan elok tak ada sendat sana sini. Itu maknanya apa ye.... :)

Tips di bulan Ramadhan untuk Kurus Tanpa Kos yang saya amalkan selain dari mengamalkan pengambil makanan sunnah (Kurma).

1. Berbuka dengan air dan manisan (kurma atau kuih) sebelum solat maghrib.

2. Makan Nasi selepas solat maghrib dengan lauk tidak lebih dari 2 jenis.

3. Elakkan berbelanja di bazar ramadhan, sebab nanti rambang mata maka banyak membeli. Banyak pula hendak dimakan. Dibuang membazir.

4. Banyakkan minum air kosong/air jarang/air putih waktu malam. Buang toksin dalam badan, elok juga untuk cover kesegaran badan bila berpuasa di siang hari. Lebih-lebih lagi saya masih menyusukan Adib.

5. Lepas solat Isyak/terawikh adakan sesi minum-minum atau makan yang ringan-ringan. Minum susu ke, makan roti ke.


Tapi saya rasa tips paling menjadi ialah tidak mengambil makanan yang bervariasi sewaktu berbuka, tidak banyak-banyak menu.

Tahun ni kali pertama saya berpuasa dengan jarak rumah dan tempat kerja dekat. Jadi saya ada masa untuk balik ke rumah dan memasak berbanding dulu saya akan singgah di bazar ramadhan untuk beli lauk sebab sampai ke rumah dah jam 6.30 atau 6.45 petang. Disamping saya dapat kerjasama dari sang suami untuk mengambil perhatian anak-anak waktu saya hendak memasak. Dan suami juga tak banyak karenah dengan menu apa yang disediakan. Syukur Alhamdulillah.

Banyak penjimatan yang dapat dibuat, badan pun sihat dan segar.

Maka buat masa ni saya tidak perlukan produk pelangsing badan. Lebih baik kalau saya dapat istiqamah dengan gaya hidup macam ni.

2 comments:

nuni said...

bina dah turun berapa kg yer?waa saya sangat susah nak turun ..walaupun makan nya sudah di sukat..metabolisme rendah agaknya

Bina said...

Nuni, hilang berat hampir 1/2 kampit beras. hehehe