Thursday, March 24, 2011
Itu Jodoh namanya
Facebook menemukan saya dengan Kak Tim semula. Kali terakhir berjumpa masa ambil keputusan SPM 16 tahun dahulu.
Bila dapat nombor telefon dari adiknya di FB, saya segera hubunginya kerana rasa rindu pada kawan lama. Dia baru pulang ke tanahair Malaysia utk menguruskan perkahwinannya. Rezeki sayalah dapat hadiri majlis besar buat dirinya. Bila ditanya siapa dan orang mana bakal suaminya, jawapannya ringkas je. "Datanglah nanti, boleh kenal".
Buat saya dan suami tertanya2.
Kami datang masa hari nikahnya saja, kenduri besarnya tak dapat hadir sebab bersaingan dengan kenduri sepupu.
Jejaka dari Sri Lanka jadi pilihan sebagai teman hidup. Tugasnya sebagai jururawat menemukan jodoh mereka. Semoga kak Tim berbahagia bersama suami.
Rasanya minggu ni minggu terakhir dia berada di Malaysia sebelum ke Jeddah semula untuk menyambung tugas.
Selamat pengantin baru juga buat sepupu saya - Ami dan isterinya Lina.
Kesian pengantin baru ni, sebab habis je majlis, si isteri kembali ke Miri, Sarawak kerana mengajar di sana. Laut China Selatan menjadi pemisah. Doa2 semoga cepat dapat tukar ke Muar Johor ya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment