Thursday, April 28, 2011

Lambat atau cepat Allah akan tunjukkan


Money Brokers | Jasa Johan Sdn Bhd (Johor)

- [ Translate this page ]
Jasa Johan Sdn Bhd in Johor, Malaysia. Classified as Money Brokers.. ... No.42-7, Tingkat Bawah, Jalan Sulaiman, Muar 84000 Johor. Tel 06-9543633 ...
superpages.com.my/business.../jasa-johan-sdn-bhd-73703.html -



pada 13 April 2008 Notebook ini dibeli dengan harga rm1900++. tapi akhirnya ia digadai dengan harga RM500 pada 11 Januari 2010.


Berbaloikah?????

Monday, March 28, 2011

Selamat hari lahir buat suami yang tersayang

semoga panjang umur dan murah rezeki, selamat dunia akhirat, sihat tubuh badan.


anak-anak bukan main suka makan kek birthday ayah. dapat la bagi rasa abang ipar saya yg sama bulan kelahirann dengan suami, rasa sikit kat adik2 dan mak. sikit sama dirasa orang kata.

Biasa2 saya buat Tiramisu ni guna base chiffon cake atau marble cake. tapi kali ni saya buat guna resepi jiran bg chocolate moist. sedapnya bukan kepalang (bukan nak puji diri sendiri) tapi tiramisu ni (tak kira la resepi siapa pun) memang sedap. pernah seminggu 2 kali buat. sekejapan dah habis. lepas tu rehat lama sikit. takut mengundang penyakit sebab makan kek je suami dan anak2 ni.

kalau saya buka tempahan Tiramisu agak2 laku tak ya.







Thursday, March 24, 2011

Itu Jodoh namanya



Facebook menemukan saya dengan Kak Tim semula. Kali terakhir berjumpa masa ambil keputusan SPM 16 tahun dahulu.

Bila dapat nombor telefon dari adiknya di FB, saya segera hubunginya kerana rasa rindu pada kawan lama. Dia baru pulang ke tanahair Malaysia utk menguruskan perkahwinannya. Rezeki sayalah dapat hadiri majlis besar buat dirinya. Bila ditanya siapa dan orang mana bakal suaminya, jawapannya ringkas je. "Datanglah nanti, boleh kenal".

Buat saya dan suami tertanya2.

Kami datang masa hari nikahnya saja, kenduri besarnya tak dapat hadir sebab bersaingan dengan kenduri sepupu.


ramai2 naik pelamin


Jejaka dari Sri Lanka jadi pilihan sebagai teman hidup. Tugasnya sebagai jururawat menemukan jodoh mereka. Semoga kak Tim berbahagia bersama suami.

Rasanya minggu ni minggu terakhir dia berada di Malaysia sebelum ke Jeddah semula untuk menyambung tugas.

Selamat pengantin baru juga buat sepupu saya - Ami dan isterinya Lina.
Kesian pengantin baru ni, sebab habis je majlis, si isteri kembali ke Miri, Sarawak kerana mengajar di sana. Laut China Selatan menjadi pemisah. Doa2 semoga cepat dapat tukar ke Muar Johor ya.

Tuesday, March 15, 2011

Chef di dapur




Kek Coklat (Moist)



Biskut Coklat






Para Penggemar Coklat

Sibuk sangat ke diri ni

Tersangat lama saya tidak menulis di sini. Macam2 perkara hendak dibuat. Banyak urusan nak diselesaikan. Orang lain sibuk juga. Ni lah akibat tak urus masa dengan jayanya.

Cuti sekolah dah berlalu 4 hari . Dari sebelum cuti saya rasa gembira sebab memikirkan cuti sekolah 2 minggu rujuk salah satu dari kalendar yang tergantung di rumah. Seronoknya. Kurang sedikit cerita kalut di pagi hari, dengan riuh rendah suara saya nak suruh Nurin bersiap ke sekolah, sambil2 risau kalau suara saya akan membangkitkan adik2nya dari tidur yg kemudiannya akan meriuhkan lagi suasana pagi.

Nurin bertudung dan berkain hijau utk ke sekolah agama
(cikgu lantik jd penolong ketua kelas)


Rupa-rupanya catatan pada kelendar tu salah. cuti sekolah cumalah seminggu. Syukur juga la (daripada tak ada cuti langsung). Mujur kerja-kerja sekolah yang diberi dah disiapkan pada hari sabtu cuti bermula.

Homework dari cikgu sekolah agama untuk saya ada juga. Catatan sepanjang cuti tentang aktiviti Nurin di rumah. Solat, mengaji, hafazan doa.

Bila cuti sekolah, kasihan juga dia. Sebab saya tak bercuti sama. Hujung minggu pun saya sibuk menyelesaikan kerja-kerja rumah (biasalah).

Mujur tak banyak permintaan oleh anak2. mandi-manda di paip kat laman rumah tu pun dah cukup menggembirakan mereka. Bermain badminton di rumah atuk, jadi hobi baru. Paling2 pun merengek minta dibuatkan aiskrim malaysia (perisa anggur).

Alhamdulillah.

Banyak benda bersarang dikepala, bersarang dihati. Mintak jauh dari bersangka buruk dengan Allah tatkala menghadapi ujian ini.