Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Selamat hari lahir buat suami yang tersayang

semoga panjang umur dan murah rezeki, selamat dunia akhirat, sihat tubuh badan.


anak-anak bukan main suka makan kek birthday ayah. dapat la bagi rasa abang ipar saya yg sama bulan kelahirann dengan suami, rasa sikit kat adik2 dan mak. sikit sama dirasa orang kata.

Biasa2 saya buat Tiramisu ni guna base chiffon cake atau marble cake. tapi kali ni saya buat guna resepi jiran bg chocolate moist. sedapnya bukan kepalang (bukan nak puji diri sendiri) tapi tiramisu ni (tak kira la resepi siapa pun) memang sedap. pernah seminggu 2 kali buat. sekejapan dah habis. lepas tu rehat lama sikit. takut mengundang penyakit sebab makan kek je suami dan anak2 ni.

kalau saya buka tempahan Tiramisu agak2 laku tak ya.







Tuesday, February 16, 2010

Adib 1st birthday

Tiada apa yang istimewa sempena hari lahirnya. Doa sebagai pelengkap, dan yang penting sekali saya ada di rumah bersama Adib dan yang lain2 (Nurin, Adam dan ayahnya).


16 februari 2009, setahun yang lalu diketika ini, jam 11.30 pagi saya baru sampai di Tey Maternity Muar. Kena bebel2 dengan Dr. Tey, kena sound kenapa lambat datang sebab bukaan dah 5 cm masa tu. dan selepas berperang dengan contraction lebih kurang 1 1/4 jam Adib lahir berdesup keluar bersama2 air mentuban yang pecah sendiri.

Perkembangannya biasa sahaja, baru belajar berpaut, berdiri, walau agak lambat berbanding yang lain, namun syukur ada peningkatan. Badan cekedingnya tu menampakkan dia masih terlalu kecil, seolah2 bayi baru lahir.

Semoga Adib serta Nurin juga Adam membesar dengan sihat, bijak dan soleh.

Saturday, December 12, 2009

Adam turns 2

12/12/2009 - adam turns to 2 years old.


Semoga Allah selamatkan kamu anakku, membesar dengan sihat, bijak dan menjadi hamba Allah yang taat akan perintahNya.


8 days
1 year old




AND TODAY,
2 years old




Tuesday, December 1, 2009

Happy birthday to me

Semalam tambah setahun lagi usia, menginjak ke usia 31.

boleh pulak ye demam pada hari lahir, kalau budak kecik, org2 tua kata alih bulan

:P

Anyway terima kasih, kat kwn2 yg wish kat FB, juga sms, kat YM. terharu, kerana masih ada yg ingat.

Terima kasih juga bang, kerana belikan kek yg sodap, hingga menjilat sudu.





Afterall, ni je yg tinggal



macam biasa, kek ditempah khas dari Zida Cake House di Taman Kenangan Tun Dr Ismail, Bakri Batu 2 - kalau org Muar panggik tempat tu 'Pesta'

Sunday, November 8, 2009

7 eleven 2009



sebiji kek sebagai tanda ingatan bersama pizza terbaru untuk santapan



ada tangan yang dah tak sabar dan tak tahan dengan kepingan coklat




birthday girl sedia memotong kek


Bukan lupa tetapi tak ingat

Semalam birthday Nurin yg ke 5. tapi ntah apa sibuknya kami hinggakan langsung tk ingat birthday girl yg sorang ni. Sampai la masa petang Jumaat tu my younger broter& sister juga mak, kata esokkan 7 eleven birthday nurin.

terdiam sekejap kami sebab camana lah boleh tak ingat sesangat esok birthday anak sendiri.

Rasa frust tak ingat bukan sebab tak sempat nak tempah kek ke apa. tapi kesalnya, adakah kerana sibuk sangat ke kami ni sampaikan tarikh2 penting tak kami ingat.

Apapun si ayah gagah juga pi beli kek kat kedai kegemarannya kat Taman Pesta Muar, Zida Cake House.

Beli kek untuk hiburkan Nurin. tapi selera kek tetap ikut ayah : Blueberry Layer Cake Whith Fresh Cream

The cake cutting session was held kat umah mak saya lah, macam biasa.

mak dan adik2 saya tak pernah lagi lupa tarikh ni sebab diorang gelarkan Nurin budak 7 Eleven.

Friday, December 12, 2008

4 in 1

Hari ni bukan saje Adam's birthday. Tapi Mak Usu dia (adikku wana -she is 12 harini), my cousin-Erin dan my uncle Aman jugak.

Adam 1st Birthday

Oh setahun sudah usia Adam, Alhamdulillah. Semoga terus sihat sejahtera, jadi anak yang soleh, mulia budi pekerti dan dalam lindungan Allah sentiasa. Amiiiinn.

Monday, November 10, 2008

Birthday Cake Untuk Nurin

Tiada niat nak celebrate pun, cuma suka2 untuk si kakak for her 4th birthday. So malam tu kami buat sesi memotong dan makan kek untuknya.





Dia happy, tapi dia tak puas hati sebab kek tu cuma ada kacang walnut kat tepi2nya dan pi bukak peti ais atuk dan ambik coklat rice kasi tabur sebelum makan.

Friday, November 7, 2008

Jumaat tiba lagi (7 november 2008)

Memang ditunggu2 kehadiran jumaat ini. letih la, keja je kan.

so while driving pg tadi 1 sms masuk. Seseorang EL sebab sakit gigi. hahahaha, "semalam makan banyak sangat ke???"

Semalam sebelum balik dapat call dari bahagian kewangan - esok ada auditor luar nak mai, nak cek aset yg dibeli tahun ni. leceh lah.....

Jadi pagi ni cecepat pi isik perot. Order minuman bersyarat, air soya bungkus no ice, less sugar.....

Ooooo, 6.30 kejutkan nurin dari tidurnya, while si adik masih dalam buai tengah menyusu botol. Nurin, hari ni 7 haribulan 11. hari ni hari lahir nurin ke 4. itu ayat pertama ku pg ni kpdnya selepas dia bangun. So, nurin dah besar sikit, kena jadi budak yg baik dengar kata, dan itu dan ini...... Dia tak tau pun apa maknanya ni semua, tapi at least dia pernah diberitahu.
Dan dia mintak dokong nak masuk keta nak pi umah mak. Aku dokong kat belakang, tak larat dah nak dokong depan.

Ok, petang nanti ayah dia bawak balik kek yg dah ditempah 2 hari lepas.

Dah besar dah anak ku rupanya...