Friday, November 13, 2009

Sudah terang lagi bersuluh

Lebih kurang jam 3.30 petang, hujan turun menderu dengan guruh kuat semua. Alangkan bilik pejabat saya ni berada di tengah2 bangunan celah2 bilik pun boleh dengar. Memang sungguh lah lebat.

Waktu balik masa abang jemput saya dah reda, tinggal lagi gerimis2 sepanjang jalan.

Saya ni cukup lah risau kalau orang bawak keta dalam keadaan mendung/atau hujan ringan2 tak hidukan lampu.

Sebab jangan anggap semua orang akan nampak kereta kita sepertimana kita nampak kereta diluar sana tu di atas jalan raya. kena pulak kereta awak tu kaler kelabu2 asap. lain kalau merah atau kuning menyala. Jadi sila hidupkan lampu ye, kalau cuaca mendung atau pun memandu pagi. Cuma kadang2 tu saya terlajak tak padam lampu walaupun jam dah menunjukkan pukul 7.30 pagi - kes tak perasan.

Cuaca masih mendung, mata saya tertumpu pada meter kereta nak pastikan lampu dah dipasang atau belum.

Abang dah idupkan lampu ke?

Dah, hidupkan lampu dapur tadi.

Saya gelak nak pecah perut, tak cukup napas.

Sebab dia menjawab dengan penuh keyakinan.

Bukan lampu kat umah la. ... ni lampu kereta ni..

kami sambung gelak tak hengat.



(tak le kelakar mana, tak gelak pun tak pe :P )

sbb biasanya sblm jemput saya dan anak2 dan singgah umah mak kami idupkan lmpu umah sbb kompom balik lepas maghrib.

0 comments: