Wednesday, November 18, 2009

Warna - warni kehidupan.

Tajuk tak de kaitan

Hujung Minggu lepas saya beroperasi seluruh rumah. Basuh segala pakaian, yang bersidai, yang mana pakai sekejap2 pastu gantung kat hanger, habis semua saya sapu habis.

Yang mana boleh dibasuh dengan mesin, saya sumbat ke dalam mesin, mana yg perlu basuh dengan tangan, cuci lah dengan tangan.

Tapi tah macam mana ada pulak yg spoiled.

1. kemeja cream en suami terkena karat sebab saya lupa bukak brooche pada tudung. (selalu je lupa- dah boleh kira jadi habit)

2. kemeja yg sama gak terkena titisan air warna merah dari baju cik nurin.

till harini saya lom bersihkan noda2 tersebut.


Saya search kat pakcik Google dan jumpai ini:


Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
  1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
  2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Pakaian Terkena Karat


Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.


diambil dari Laman Petua Nenek
Hilangkan Tanda Warna Pada
Pakaian yang terkena warna semasa direndam boleh diatasi dengan cara berikut. Tuangkan air panas secukupnya ke dalam baldi berisi pakaian. Campurkan sedikit cecair peluntur. Biarkan selama 10 - 15 minit. Kemudian bilas seperti biasa. Tanda warna akan hilang dan pakaian kembali kepada warna asal.

diambil dari sini.


Mungkin hujung minggu nanti boleh dicuba jaya kan.

0 comments: