Friday, December 4, 2009

Borong ubat

Semalam kan saya ambil cuti kecemasan.

bawa anak2 cari penawar tradisional (tak dilupakan sebagai ikhtiar)

dan selepas tu ke klinik. saya ke klinik komuniti sebelah hospital Muar. mula2 ke Klinik Sejahtera yang sebenarnya diperuntukan sebagai kemudahan staf hospital dan ahli keluarga nak dapatkan rawatan. Tapi disebabkan Dr bertugas tak ada, kami berangkut anak beranak, beratur le ambil giliran nak jumpa Dr.


Ni bukan gambar kristal ke apa,

ini tawas, saya pi beli kat kedai utk guna masa proses rawatan tradisional pagi semalam.



Selesai rawatan tradisional baru kami bergegas ke klinik pulak.


Hasil borongan, ni ubat untuk anak2 ku yg sederet 3 tu. Harus saya bersilat nak suap ubat.




Nurin dah tak bermasalah sangat nak bg ubat cuma ngomelan2 biasa yg berharap dapat escape. This time Adam ambik alih watak si penakut ubat. Jadi saya masuk saja dalam botol susu dia. Adib pulak, masih patuh. nganga saja bila di sua dengan picagari berisi ubat. Senang keja.

Sesi beratur untuk makan ubat. Adib perlu diikat pada kerusinya sebelum projek bermula.
Tukang susun ubat, Adam, gaya je lebih, bila botol ubat dibuka, dia yg cabut dulu.







tulah kisah anak2 tak sihat saya. harap cepat le sembuh.

0 comments: