Showing posts with label kids. Show all posts
Showing posts with label kids. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

Bila perlu melangkah keluar daerah

Sudah lama, agak lama saya tidak bertugas luar daerah yang memerlukan saya bermalam di luar meninggalkan anak2 kecil ni. Sejak berpindah, memang belum ada seruan utk itu. Hmmm merasakan diri berada di zon selamat :P


Tapi sampai bila nak mengurung diri kan. Ilmu kena dicari. Kehendak jabatan (kursus 7 hari setahun) juga perlu dipenuhi.


Namanya bila nak outstation banyak perkara perlu difikir. Nak tinggal anak? atau angkut saje semuanya. Kalau tinggal boleh saje menumpang kat rumah kenalan2 yg dekat dengan lokasi kursus. Pandai2 la suami nak jaga 'beg tangan'2 yg kecik2 tu. Tak payah berkemas bagai keperluan mereka. Cekalkan hati je utk meninggalkan mereka. Tapi..... bila mengenang tangis Adib di tengah malam, meraba2 mencari ibunya utk menyusu, cair mair hati saya.

Terkebil2 ditengah malam memikir, samada nak bawa bersama atau tidak anak2 ni. Bawa anak2 bermakna bawa sekali ayahnya . Tengah2 malam baru la dapat buat keputusan. Mula la tangan mencapai sana dan sini, buka laci sana dan laci sini mencari pakaian dan keperluan. Bermakna otak menjadi ligat. memikirkan hotel/lodge - sempat lagi mengGoogle ditengah2 malam. Google Map juga sangat membantu.


Masa untuk tidur...


Rasanya dlam tidur mlam tadi, minda ni masih bekerja. Berapa pakain hendak dibawa, apa bekalan makanan.


Ini namanya dah berkeluarga. Kalau masih bujang bergerak secara solo, mgkin lebih mudah. tapi tak meriah hidup.


Seperkara lagi, cik bedah (Nurin) pun akan dicutikan dari sekolah - pandai2 je mak dia ni. Tapi sebelum tu harus lah disemak dulu samada minggu ni minggu peperiksaan/ujian atau tidak. Kalau ya, harus lah dia ditinggal bersama atuk. dan apabila jawapannya tidak, ye dapat la dia ikut bersama (tercapai la hajatnya nak tinggal di hotel- dari minggu lepas asyik bertanya bila nak stay hotel). Entah apa seronoknya tinggal di hotel. Guru PASTI nya juga berjanji akan membekalkan dia dengan lembaran-lembaran untuk ulangkajinya selama dia bercuti 2 hari. terima kasih tak terhingga Cikgu.

maka saya teruskan perjalanan ke pejabat hari ini, pesanan penaja ditinggalkan buat suami utk menyambung sesi mempacking barang2 utk dibawa.

Jam 5 petang mereka semua kena menjemput saya di pejabat sebelum meneruskan perjalanan ke Seri Kembangan atau lebih mudah cakap nak ke Kuala Lumpur.

Friday, April 9, 2010

Kawan Nurin...

Waktu rehat yang panjang, saya hanya menghabiskan masa di ruang pejabat, menghadap komputer, tapi tiba2 hati rasa ingin menjengah kawan sekelas Nurin @ anak rakan sepejabat @ anak kepada cikgu adik2ku = Fathiah. rasanya dah masuk 3 malam dia dimasukkan ke wad kanak2. Puncanya nafas sempit tiba2 di tengah malam sebelum dibawa ke bahagaian Kecemasan Hosp dan terus di tahan di wad. Semalam dapat juga menjengah Fathiah, tapi ibu dan ayahnya tak ada disitu = bekerja.

Hari ni, rasa nak menjengah kot2 Fathiah belum discharge lg. Semua ahli keluarga nya ada, Ayahnya, ibunya (cikgu Emi). dan adiknya. nama pun kanak2 tak sihat pun masih aktif lagi, mewarna (rajin budak ni). Rupa2nya adik Fathiah (sebaya Adam) pun semalam masuk wad. Masalah yg sama.

Hati rasa sebak, tgk anak2 tak sihat. Hati tersentap teringat anak2 di rumah @ lebih tepat lg di rumah babysitter. Bersyukur kerana anak2 saya tak teruk sangat sampai perlu warded. 2 minggu anak2 berperang dengan demam dan selesema. Doa tak putus2, saya panjatkan. Mohon dijauhkan dari penyakit parah @ sebarang wabak yang melanda, tak kenal musim.

Mengenang nak melayan anak2 sakit dirumah pun kelam kabut, inikan pula melayan anak2 sakit dihospital. Semoga anak2 cikgu Emi tu cepat sembuh. Kesian tgk dia melayan anak2. adatlah, mana yg susah nak makan ubat, mana yg mengacau si kakak mewarna, cubit sana sini, sakat sana sini.

Doa supaya cepat2 semua sihat dan boleh balik rumah cepat. Rumahku syurgaku kan.

Wednesday, January 20, 2010

Kanak-kanak mati dihempap TV



Ini kisah semalam, jumpa kat forum Cari


Betapa saya bersyukur kerana anak2 saya selamat tempohari.


JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun meninggal dunia selepas dihempap televisyen berukuran 24 inci di rumahnya di Bandar Putra, Kulaijaya, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Zulkefly Yahya, berkata ia berlaku kira-kira jam 9.40 malam ketika mangsa, Cyndi Yeo, sedang menonton berseorangan di bilik belakang rumah berkenaan.

"Kejadian disedari bapanya, Yeo Sung Wah, 38, yang terdengar bunyi sesuatu benda terjatuh di dalam bilik berkenaan dan disusuli jeritan anak perempuannya itu," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, Yeo yang ketika itu berada di ruang tamu terus bergegas ke bilik berkenaan lalu menemui anaknya yang tertiarap dihempap televisyen tersebut.

Katanya, Yeo yang juga seorang peniaga terus membawa Cyndi ke Hospital Kulai dan kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada jam 12.20 malam tadi akibat kecederaan teruk di kepala.

Cyndi, katanya, dipercayai tertarik wayar televisyen berkenaan dengan kakinya sehingga menyebabkan televisyen itu terjatuh dari rak sebelum menghempapnya.
"Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - Bernama

Friday, December 4, 2009

Borong ubat

Semalam kan saya ambil cuti kecemasan.

bawa anak2 cari penawar tradisional (tak dilupakan sebagai ikhtiar)

dan selepas tu ke klinik. saya ke klinik komuniti sebelah hospital Muar. mula2 ke Klinik Sejahtera yang sebenarnya diperuntukan sebagai kemudahan staf hospital dan ahli keluarga nak dapatkan rawatan. Tapi disebabkan Dr bertugas tak ada, kami berangkut anak beranak, beratur le ambil giliran nak jumpa Dr.


Ni bukan gambar kristal ke apa,

ini tawas, saya pi beli kat kedai utk guna masa proses rawatan tradisional pagi semalam.



Selesai rawatan tradisional baru kami bergegas ke klinik pulak.


Hasil borongan, ni ubat untuk anak2 ku yg sederet 3 tu. Harus saya bersilat nak suap ubat.




Nurin dah tak bermasalah sangat nak bg ubat cuma ngomelan2 biasa yg berharap dapat escape. This time Adam ambik alih watak si penakut ubat. Jadi saya masuk saja dalam botol susu dia. Adib pulak, masih patuh. nganga saja bila di sua dengan picagari berisi ubat. Senang keja.

Sesi beratur untuk makan ubat. Adib perlu diikat pada kerusinya sebelum projek bermula.
Tukang susun ubat, Adam, gaya je lebih, bila botol ubat dibuka, dia yg cabut dulu.







tulah kisah anak2 tak sihat saya. harap cepat le sembuh.

Sunday, September 27, 2009

Heaven


Cuti 11 hari saya kian berakhir nikmatnya, bila esok dah nak kena masuk kerja semula. Seriously, biar pun penat dengan karenah 3 kanak2 ribena ni kat rumah, mulut berkicau bila saja celik mata, namun hatiku bahagia sentiasa.

Esok dah mula nak pikir kerja, nak kena buat surat penangguhan, nak buat laporan serah tugas.
ada lagi projekku yang tak siap lagi, terpaksa saya tinggalkan.

Sejak 5 hari yang lalu, setiap kali bangun pagi nurin akan tanya samada esok saya kerja ke? oh kasihan anak, pasti dia pun sedang menghitung hari bila tibanya masa dia akan ditinggalkan di rumah.

Thursday, August 27, 2009

Pulih la duhai anak

Sibuk orang berpuasa, sibuk juga melayan keluarga.

Sampai pulak giliran saya melayan anak2 tidak sihat, selepas rakan2 lain mendahului.

Seorang demi seorang, yang demam. Sehingga malam tadi giliran Adam pula selepas yang lain2 mula pulih. Dek kerana terlalu panas, lepas waktu isyak, saya mandikan dia dengan air campur ais.


Alahai anak.
Si kakak pula sampai kena ambil darah, sbb MA kata khuatir denggi. Sebab kerap muntah (salah satu simptom). Syukur, ujian darah keputusannya negatif.

Tapi itulah, dalam sibuk orang mula buat amal ibadah puasa saya pulak sibuk dengan anakanda2 yg kurang sihat. Namun dek penangan positif dari consume MAB (Maajun Anggun Bistari) saya masih belum memulakan puasa saya. Itulah, Allah itu maha mengetahui, di kala ini diberinya keistimewaan, sedang saya sarat dengan situasi ini.

Friday, August 14, 2009

Masak apakah hari ini ??

Hari ni tak terjangka akan bercuti. jam 2 pg dpt call ada kematian (bapa kepada biras saya). Abang perlu pergi melawat, maka saya kena paksarela bercuti jaga anak sebab baby sitter pun bercuti sejak semalam dek kerana jaga anak di wad kerana demam.

Pagi2 saya tak masak, tapi beli je, ada lontong, ada nasi lemak, ada bihun goreng, ada apam balik, ada kuih bingka, ada kuih seri muka.. ohhh banyak nya. yg nak makan si ibu dan si bapa je. si kakak makan memilih, adam pulak sesuap dua.


Sebelum tu, malam tadi saya masak tuna dalam tin. saya tumis bawang dan masukkan saje tuna kacau2 sampai garing. Nurin kata macam ikan je. memang lah ikan nak oiii.

"Tapi mana tulangnya buu????"

- tulang nya dah tak de pasal kalau ada tulang nnt nurin tercekik tulang lg

Sedap katanya.......



Menjelang tengahari, saya masa apa yg ada saja dalam peti ais, crab stick, bebola sotong,sosej, lobak dan kobis bunga. saya campur semua masak tumis air jadi ala2 sup campur.


Sebelum maghrib, nak cepatmaka saya suap si kakak dan si adam sekaliarung. berlaukkan lauk tengahari tadi

lepas 2 suap, nurin cakap, "Ibu, jangan suap akak squidward" 3 kali dia sebut baru saya paham.


owwwhhhh nasib baik squidward Nak, kalau ibu suap patrick ke, spongebob ke boleh ke awak telan?????

Saturday, August 8, 2009

Sepetang bersama...


08/08/2009, originally uploaded by bina1178.

budak2 ni semua baru bangun tidur, memasing naik main laptop.

dah jerebu, nak jalan2 pun rasa tak selamat.

esok pun dah nak keluar, rumah i tak kemas lg, barang pun tak packing lg utk esok.

internet kat opis dah ok dah malam tadi, mintak tolong rakan juruteknik standby tggu orang telekom datang repair. boleh la pulak diorang memula nak betulkan isnin nnt, mau bernanah telinga dengar orang komplen.

Friday, July 10, 2009

@ Home or Nursery ??


The hall is in a mess. Look a like a kid at the nursery.

let the kids do what they want to do.






Tuesday, May 19, 2009

Weekend story

Ini sebenarnya kisah di hari Sabtu dan Ahad yg lalu. Oleh kerana kami terpaksa meng'kensel' urusan di KL, makanya utk memuaskan hati makhluk2 comel ni, kami bawa saje mereka ke Giant Muar, sebab kat situ je yg ada play yard dalam bangunan. tak perlu nak kesat2 peluh dibawah sinaran mentari.

Dalam perjalanan, oleh kerana si ayah sangat2 bermurah hati pada hari tu, makanya si kakak dapat sebuah basikal.





bukan main seronok Nurin bila dibelikan sebuah basikal. Berbasikal lah dia daripada balik daripada bandar, sampai kan terlelap di sebelah basikalnya.




Ni hasil snap-an masa diorang sedang main.

Bukan main diorang ni.... dah tentu lah dah lama tak bawak diorang jalan2 sejak saya cuti bersalin. Adam hampir2 terjatuh masa main kat tempat mainan ni, mana tidaknya orang sibuk nak main dia sibuk ukur ketinggian platform tu sibuk nak turun kaki sendiri.


Dah dapat semua, kenalah tolong ibu kemas rumah ye anak2.....
Ini 2 orang pembantu saya di rumah. paling2 pun diorang tahan dengan keadaan rumah yg dah bersusun rapi 20 minit, selepas itu rumah ku bagai kapal tersadai di tepi pantai


Sunday, April 19, 2009

Hanya sorang terselamat



Cuma yang baju hijau/kuning tu je yg selamat. tak mo tidur2, yg dorang lg tu dah selamat dibuai mimpi. ini kejadian di rumah saya petang semalam.


yg kecik sekali ni dah boleh ajak gurau. cuma saya je cam tak sempat layan dia main sangat sebab melayankan abang nya yg masih belum mengerti.

bangun dari tidur petang tu si abang mula merengek mintak dukung manjang. lepas maghrib sampai kul 1 pg 4 kali muntah. huhuhu dah lah abang tak de, bergilir le si adam dan adib berdukung bila 2-2 start enjin (menangis). menangis gak lah saya sensorang.....

dan pg tadi masa mandikan dia abang perasan ada bintat2 kat betis dia, kat tangan pun ada, kat muka ada 1. bila saya lak cek rasa cam nak jadi chicken pox je. bawak ke klinik, tapi doktor pakar kulit tu cuti, kena pulak doktor gantian tu tak tak dapat nak pastikan samada itu chicken pox atau tidak cuma dia kata, tengok je lah, kalau betul CP, nnt dia keluar lah tu....


tu gambar 1bulan 1/2 yg lepas (jadi model botol susu anakku, hehehe). hari ni dia longlai je, mana tidaknya, tak leh nak telan makanan kecuali susu, silap sikit muntah. jadi malam semalam dan malam ni saya ajak anak2 tido depan tv je, pukul 9 je saya dah padam lampu bg semua tidur, cuma diterangi cahaya dari tv, walaupun biasanya saya tak kisah diorang nak tidur kul berapa.

esok saya kena ke klinik hantar Adib untuk suntikan. saya kena pergi dengan adib sahaja sebab abang kena hantar MIL ambil pasport. MIL, insyaAllah nak pi buat umrah hujung Mei akan datang ni.

Thursday, February 26, 2009

Slightly jaundis

Baru saje balik dari klinik. Orang baru kena jaundis. So masuk harini dah 3 kali / 3 hari kena amik darah dari tumitnya yg comel itu.


Masa keluar dari klinik maternity haritu bacaan jaundisnya adalah 10 pada usia 5 hari. hari ke 7 -8.2, hari ke 8 - 9.6, hari ke 10 - 8.4. Rasanya dah ok kot. Menurut nurse biasanya kena admit kalau bacaan jejak ke 18 ke atas. duduk bawah lampu UV tu. tapi bergantung juga pada usia bayi. kalau baru 3 hari usia tapi bacaan dah 12, akan kena tahan juga.


Nurin jelas happy dengan kehadiran adik baru nya ini. Namun dalam happynya itu ada pernah dia bercakap dengan mak (atuknya lah) yg dia suka ada adik baru tapi lepas ni dah takde sapa yang nak jaga dia. Adam, sukar ditafsir perasaannya. Tapi yg pastinya tak boleh la leka dengan tindak tanduknya.

Thursday, November 20, 2008

Pisahkan anak dari tempat tidur ibu bapa

Anak-anak perlu dipisahkan dari tempat tidur ibu bapa apabila usianya mencecah 10 tahun. Mungkin ini bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan kerana si anak mungkin sukar untuk menerima perubahan ini dalam kehidupan mereka.

Selasa lepas ada satu racangan TV tajaan Nugrow, host by Amy Mastura. Isu pada haritu , bagaimana nak pisahkan anak dari tempat tidur parents. Ada few tips yang dicadangkan oleh pakar perkembangan kanak2 yg dijemput. Tak ingat namanya. Antara lain :

1. Tempat tidur di bilik anak biar lebih kurang dengan persekitaran bilik parents, maksudnya kalau sebelum ni dia tidur atas katil, so di bilik dia pun ada katil. ketinggian katil juga biar sama dengan tepmat tidur lamanya.

2. Bau2 an dalam bilik biar sama (perfume parents dsbg). Boleh letakkan pakaian parents di bilik anak supaya dia rasa parents ada bersama mereka.

3. Luangkan masa bermain bersama anak di dalam bilik baru mereka.

4. Jangan memarahi anak di dalam bilik mereka. Kalau nak marah, biar di luar bilik. Anak perlu rasa happy apabila berada di dalam bilik baru mereka.

5. Biarkan anak anda yang memilih cadar / langsir bilik mereka.

Ini adalah antara tips2 nya .

Friday, May 9, 2008

Spirulina

Semalam on d way pulang ke rumah, di radio ikim.fm ada jemputan bercerita tentang produk berasaskan spirulina. Kel's Spirulina.

Thought, tghari td nak ke bandar Muar beli Kel's Spirulina tu di Farmasi Sri Tanjung. Tapi tak jadi sebab takut penat sangat lepas rehat nanti. ingat nak try ambil supplement ni, since demam aku ni berlarutan nampaknya. And one thing this supplement can be share with the whole family becoz kids can take this too.

Dari info yang aku dengar, this supplement sesuai jika kita mengalami keletihan, lemah tubuh badan,

CHEWABLE SPIRULINA PASTILLE (90 Pastille)or (60 Pastille)
Spirulina is a complete and nutritious food supplement Kels Chewable Spirulina Pastille contains Spirulina extract, which is rich in vitamins and minerals, carbohydrate, protein, chlorophyll, etc.

Promosi la pulakkan....