Wednesday, February 24, 2010

Di sini

Berada atau bekerja di ruang lingkungan orang tak sihat (hospital)..... macam2 ada. Yang patah, dengan kerusi roda, atau di kaki dipasang besi ibarat arial, ada juga dipasang alat bentuk piring / disk.

yang terlantar atas stretcher, ditolak oleh PPK, juga yg ditolak di atas kerusi roda. Yang baring atas stretcher, ada yang sedar, tetapi dipasang dengan alat2 bantuan, ada yang baring tak sedarkan diri, dipasang dengan wayar di sana sini, turut diiringi ahli keluarga menangis hiba.

Ada juga yang pesakit tolak pesakit (kerusi roda), bosan agaknya, jadi ajak kawan katil sebelah cari udara lain diluar wad, boleh juga pergi ke Hospimart, jenguk2 apa yang ada.

Pesakit diiring ahli keluarga untuk rawatan/temujanji dengan doktor, ambil ubat di farmasi, kadang berjam2 menunggu, bukan 10 orang 20 orang yang nak ambil ubat, beratus sehari. kasihan mereka.

Kadang, ada yang datang dalam keadaan uzur, susah benar mengatur langkah, tengok kiri, kanan, belakang, tak de sapa yang teman. kesianya.... mana anak dia ye? atau ahli keluarga yang lain.

Pernah juga saya terlihat seorang uncle berbangsa cina. saya tak tau dia sakit apa tapi susah benar dia nak melangkah, seorang diri, berpaut pada dinding. Saya cuba menyapa dia, katanya nak ke tingkat atas. niat dihati nak bantu kalau2 dia perlukan kerusi roda, boleh naik ikut lif. tak pe ! tak pe !. Saya pun jawab tak pe, saya boleh tolong. Saya tinggalkan dia sebentar utk dapatkan kerusi roda, ah kerusi roda habis stok pulak, kena pergi dapatkan di lokasi agak jauh sikit, dalam masa nak dapatkan kerusi roda tu saya tgk uncle tu kelam kabut berjalan dan kemudian hilang dari pandangan saya. Dalam hati, kesiannya, kerana saya dia terpaksa susah payah jalan laju2. Ada juga yg tak mau dibantu (tak nak menyusahkan). Batal niat saya.

Bukannya apa, walau kami bukan jururawat, bukan PPK, bukan dikalangan orang perubatan, tapi kami dilatih dengan budaya Sedia Membantu. ...

Kadang nampak encik polis, mengiring banduan atau pesalah. mereka juga manusia biasa. sampai masa sakit juga.

Sedang duduk di pejabat, buat kerja, ada bunyi orang menjerit, kemudian bunyi tapak kaki berlari... banduan terlepas rupanya, cepat2 tutup rapat pintu, buatnya dia singgah jadi pula tebusan. Mintak dijauhkan

Lain kisah... tiba2 dengar pula suara lelaki menangis, kasihan sedih..... apa dah berlaku pada ahli keluarganya agak nya ya.

Sedang berdiri, tiba2 ada wanita memintas berlari laju, menangis, apa pula kali ni.....

atau.... sebujur tubuh kaku di usung oleh PPK di atas troli telah dijemput Illahi, Alfatihah, jika dia seorang Muslim.

itu lah suasananya di sini, kena kuat semangat, ringan tangan hulurkan bantuan, dan senyuman tak lekang dibibir. mana tau, dengan seyuman terukir, jadi penawar kepada pesakit. lagipun senyuman itu kan satu sedekah.

0 comments: