Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Tips Workspace yang kemas



Antara tajuk utama di Yahoo Page:

What your workspace says about you


Benar kah meja kerja atau workspace melambangkan diri kita. Bila meja bersepah tak tersusun – nampak macam sibuk, banyak kerja. Bila meja bersih, kemas, tersusun rapi – mungkin kita akan kata “Kemasnya meja dia ni, tak de kerja kot dia ni”.

Pepatah Inggeris ada menyebut: Don’t judge a book by its cover.

Saya terjumpa beberapa tips yang mungkin boleh membantu kita nak pastikan workspace kita kemas, biarpun banyak tugasan yang datang dan menanti.

Tackle Paperwork Immediately

Ambil tindakan segera ke atas sebarang dokumen /kertas yang datang ke meja anda . Jangan suka kumpul-kumpul dokumen sampai dah melambak atas meja. Tetapkan tahap kepentingan dokumen.

  • ASAP (Segera)
  • PENDING/KIV
  • FILE untuk difailkan, atau yang tidak berkenaan yang boleh diabaikan/dibuang.

File Paperwork

Bila dah tentukan ikut kepentingan, failkan dokumen-dokumen ke rak fail, stackable tray atau file sorters.

Contohnya kalau anda gunakan stackable tray tu boleh la labelkannya. Contoh:

  • Tray paling atas ASAP (Segera)
  • Tray tengah PENDING/KIV
  • Tray bawah sekali FILE (untuk masuk fail).

Limit Office Supplies on the Desk:

Di atas meja anda, letakkan peralatan atau alat tulis yang penting-penting sahaja. Boleh guna kotak, ada juga orang gunakan Mug, atau laci kecil dengan 2 atau 3 drawer. Dalam tu letak pen, pensil, stapler, liquid paper, klip kertas, gunting, pisau, sticky notes dan lain-lain.

Limit Personal Keepsakes

Memang rasa best je bila atas meja kita letak cenderahati yang orang beri macam frame gambar, teddy bear comel-comel, key-chain. Boleh kalau nak letak, tapi jangan lah banyak-banyak sampai makan banyak ruang. Susun elok-elok biar kemas jangan nampak semak.

Clear Your Desk

Membersih, mengemas dan susunatur meja kerja anda dipermulaan hari dan sebelum meninggalkan pejabat. Ia sangat membantu kalau kita konsisten melakukannya setiap hari. Jadi bila nak mulakan kerja esok harinya rasa tenang je bila meja kerja dalam keadaan tersusun rapi. Nanti datanglah semangat dan keseronokan bekerja.

Selamat mencuba



* Semua yang di atas sangat untuk saya apply untuk meja kerja saya ni :)












.

Friday, May 21, 2010

Baru nak mula tapi dah letih

Bunyi nya macam putus asa. Benar macam nak putus asa pun ada. Dah tua2 begini baru nak mula memang lah liat. Boleh ke nak berubah arah dengan membuat kerja2 yg lebih senang. Ada ke kerja senang di dunia selain dari 'Petik Jari'???

Berapa tahun dah menghambakan diri pada kerja yg lebih banyak menjurus kepada pengurusan biar pun berlatarbelakangkan sains komputer , bila masuk tempat kerja baru tahun lepas, skop kerja berubah arah, sebenarnya berbalik kepada landasan asal. Kena buat pengaturcaraan.

Dengan berbekalkan hampir 'zero' knowledge bersama dengan teman, pergi menimba ilmu pemprograman php. Kursus 2 hari. Masa tu berkira2 juga, mampu kah saya membina sebuah sistem dengan kursus basic 2 hari ni. apa pun ilmu tetap di timba dan pulang dengan bertawakkal.

Bila balik ke pejabat seminggu pertama tu duk belek2 php, bertanya dengan pakcik Google. sampai hari jumaat baru berjaya buat Login Page, masukkan data dalam database, dan buat paparan maklumat tadi kat webpage. mesti orang gelak je bila tau.

masuk minggu kedua, nak expand buat fungsi2 lain, enjin saya semakin semput. aik, takkan baru minggu ke 2 dah nak kena overhaul lagi????

sudah mula letih, atau sudah mula bosan ??

ohhh, tolong lah apa langkah ku seterusnya...

Tuesday, May 4, 2010

Bila perlu melangkah keluar daerah

Sudah lama, agak lama saya tidak bertugas luar daerah yang memerlukan saya bermalam di luar meninggalkan anak2 kecil ni. Sejak berpindah, memang belum ada seruan utk itu. Hmmm merasakan diri berada di zon selamat :P


Tapi sampai bila nak mengurung diri kan. Ilmu kena dicari. Kehendak jabatan (kursus 7 hari setahun) juga perlu dipenuhi.


Namanya bila nak outstation banyak perkara perlu difikir. Nak tinggal anak? atau angkut saje semuanya. Kalau tinggal boleh saje menumpang kat rumah kenalan2 yg dekat dengan lokasi kursus. Pandai2 la suami nak jaga 'beg tangan'2 yg kecik2 tu. Tak payah berkemas bagai keperluan mereka. Cekalkan hati je utk meninggalkan mereka. Tapi..... bila mengenang tangis Adib di tengah malam, meraba2 mencari ibunya utk menyusu, cair mair hati saya.

Terkebil2 ditengah malam memikir, samada nak bawa bersama atau tidak anak2 ni. Bawa anak2 bermakna bawa sekali ayahnya . Tengah2 malam baru la dapat buat keputusan. Mula la tangan mencapai sana dan sini, buka laci sana dan laci sini mencari pakaian dan keperluan. Bermakna otak menjadi ligat. memikirkan hotel/lodge - sempat lagi mengGoogle ditengah2 malam. Google Map juga sangat membantu.


Masa untuk tidur...


Rasanya dlam tidur mlam tadi, minda ni masih bekerja. Berapa pakain hendak dibawa, apa bekalan makanan.


Ini namanya dah berkeluarga. Kalau masih bujang bergerak secara solo, mgkin lebih mudah. tapi tak meriah hidup.


Seperkara lagi, cik bedah (Nurin) pun akan dicutikan dari sekolah - pandai2 je mak dia ni. Tapi sebelum tu harus lah disemak dulu samada minggu ni minggu peperiksaan/ujian atau tidak. Kalau ya, harus lah dia ditinggal bersama atuk. dan apabila jawapannya tidak, ye dapat la dia ikut bersama (tercapai la hajatnya nak tinggal di hotel- dari minggu lepas asyik bertanya bila nak stay hotel). Entah apa seronoknya tinggal di hotel. Guru PASTI nya juga berjanji akan membekalkan dia dengan lembaran-lembaran untuk ulangkajinya selama dia bercuti 2 hari. terima kasih tak terhingga Cikgu.

maka saya teruskan perjalanan ke pejabat hari ini, pesanan penaja ditinggalkan buat suami utk menyambung sesi mempacking barang2 utk dibawa.

Jam 5 petang mereka semua kena menjemput saya di pejabat sebelum meneruskan perjalanan ke Seri Kembangan atau lebih mudah cakap nak ke Kuala Lumpur.

Wednesday, February 24, 2010

Di sini

Berada atau bekerja di ruang lingkungan orang tak sihat (hospital)..... macam2 ada. Yang patah, dengan kerusi roda, atau di kaki dipasang besi ibarat arial, ada juga dipasang alat bentuk piring / disk.

yang terlantar atas stretcher, ditolak oleh PPK, juga yg ditolak di atas kerusi roda. Yang baring atas stretcher, ada yang sedar, tetapi dipasang dengan alat2 bantuan, ada yang baring tak sedarkan diri, dipasang dengan wayar di sana sini, turut diiringi ahli keluarga menangis hiba.

Ada juga yang pesakit tolak pesakit (kerusi roda), bosan agaknya, jadi ajak kawan katil sebelah cari udara lain diluar wad, boleh juga pergi ke Hospimart, jenguk2 apa yang ada.

Pesakit diiring ahli keluarga untuk rawatan/temujanji dengan doktor, ambil ubat di farmasi, kadang berjam2 menunggu, bukan 10 orang 20 orang yang nak ambil ubat, beratus sehari. kasihan mereka.

Kadang, ada yang datang dalam keadaan uzur, susah benar mengatur langkah, tengok kiri, kanan, belakang, tak de sapa yang teman. kesianya.... mana anak dia ye? atau ahli keluarga yang lain.

Pernah juga saya terlihat seorang uncle berbangsa cina. saya tak tau dia sakit apa tapi susah benar dia nak melangkah, seorang diri, berpaut pada dinding. Saya cuba menyapa dia, katanya nak ke tingkat atas. niat dihati nak bantu kalau2 dia perlukan kerusi roda, boleh naik ikut lif. tak pe ! tak pe !. Saya pun jawab tak pe, saya boleh tolong. Saya tinggalkan dia sebentar utk dapatkan kerusi roda, ah kerusi roda habis stok pulak, kena pergi dapatkan di lokasi agak jauh sikit, dalam masa nak dapatkan kerusi roda tu saya tgk uncle tu kelam kabut berjalan dan kemudian hilang dari pandangan saya. Dalam hati, kesiannya, kerana saya dia terpaksa susah payah jalan laju2. Ada juga yg tak mau dibantu (tak nak menyusahkan). Batal niat saya.

Bukannya apa, walau kami bukan jururawat, bukan PPK, bukan dikalangan orang perubatan, tapi kami dilatih dengan budaya Sedia Membantu. ...

Kadang nampak encik polis, mengiring banduan atau pesalah. mereka juga manusia biasa. sampai masa sakit juga.

Sedang duduk di pejabat, buat kerja, ada bunyi orang menjerit, kemudian bunyi tapak kaki berlari... banduan terlepas rupanya, cepat2 tutup rapat pintu, buatnya dia singgah jadi pula tebusan. Mintak dijauhkan

Lain kisah... tiba2 dengar pula suara lelaki menangis, kasihan sedih..... apa dah berlaku pada ahli keluarganya agak nya ya.

Sedang berdiri, tiba2 ada wanita memintas berlari laju, menangis, apa pula kali ni.....

atau.... sebujur tubuh kaku di usung oleh PPK di atas troli telah dijemput Illahi, Alfatihah, jika dia seorang Muslim.

itu lah suasananya di sini, kena kuat semangat, ringan tangan hulurkan bantuan, dan senyuman tak lekang dibibir. mana tau, dengan seyuman terukir, jadi penawar kepada pesakit. lagipun senyuman itu kan satu sedekah.

Friday, December 4, 2009

1/5

apa yg satu perlima.


minggu ni too bad lah.

sebab only on Wednesday je saya ke pejabat.

Monday & Tuesday - on MC

Thursday & Friday (Todaylah) - EL - anak2 ku demam sederet.

And today i need to do my work at home by hook or by crook

Am editting a video for simple course nextweek on Tuesday. Next monday nak kena show kat Sister (senior nurse) before kena burn ke dalam CD.

Newbie to camtasia. jadi saya masih dok godek2. mekasih la bos bg idea ni. saya budak baru belajar, kalau saya tak tau tolong ajarkan.

best eh guna camtasia. kot2 la sistem off line, kita dah siap2 buat video nak tunjuk sistem tu. so no worry sangatlah.



Monday, November 23, 2009

move in move out

tak sudah2 pindah.
tapi kali ni pindah bilik je. a month juga saya duduk dalam bilik server. dari tak rupa bilik, kami kemas jadi rupa bilik pejabat. tapi tak elok duduk bersama server2 kan. nanti kena radiasi, tak elok utk jangka masa panjang.

Jadi jumaat lepas, bos dah arrange panggil vendor, setup buat network port, kat ex-bilik teleconference. pagi2 tadi, kami kerah tenaga kemas bilik. so we moved dari bilik server ke bilik baru (panggil bilik baru, baru ada semangat nak kerja) walhal, persekitarannya masih lama.

kepala saya sudah ting tong.

tadi mengemas dengan perut kosong, jadi kesannya sampai ke petang sakit kepala. sudah masuk angin.


Friday, November 6, 2009

Another skills


Sejak saya bekerja ditempat lama, agak bnyk perkara teknikal tak dapat saya dalami.


mgkin kerana ketidakcekapan saya membahagi masa.


Dan sejak saya berada di sini, saya cuba buat perkara baru, lebih kepada mendalami. kalau dulu cuma touch on the surface saja.
Hari ni bos cerita dengan kami ttg ubuntu,
Saya juga sedang belajar guna Adobe Photoshop. dan kalau dulu tak pernah pun usik ikon office publisher, tapi sekarang saya telah dan sedang menghasilkan output dari publisher.
Kat sini agak banyak event, jadi kadang tu kena la tolong buat banner or poster.
Malu giler dengan hasil kerja sendiri. Even saya orang IT tapi hasil kerja saya buruk (serius la.. tak kreatif)
Tapi tetap rasa bangga (bukan riak) :P bila kerja saya tu digantung dan ditampal didinding. kekekeke

Wednesday, November 4, 2009

gusar

sudah lebih seminggu cik abang saya sibuk kerja diluar. sebelum raya sibukkan nak dapatkan permit lori. 2 bulan kemudian, bila dah dapat permit lori, sibuk pulak confirmkan lubang2 rezeki dan loan utk lori.

itulah orang kata, bila dah biasa suami ada depan mata, kena suami kerja balik lewat malam jadi pulak kegusaran di hati. saya ni memang dah jenis tak lekang dengan telefon, kalau ke mana2 plz la inform. kalau tak, macam2 sangkaan akan terbit kat kepala ni. kalau kata nak balik saya dah bajet2 pukul berapa dia akan sampai, tgk2 sampai masa tak muncul2, haa mula lah tak senang duduk.

bimbangkan keselamatan dia. kena dah malam, kadang pulak hujan lebat. dalam hati memang doa supaya dia sentiasa selamat, tapi dalam hati tak banyak, sikit tetap terdetik yg bukan2.

haa tu namanya pi cari rezeki.

Wednesday, October 7, 2009

Berkuliah

Hari ni secara tak formalnya saya berkuliah bersama kak ikin. turun mana2 ilmu yang patut diturunkan agar nanti lega lapang kepala ni.

Mau tepu kepala kak ikin dan Aff dengar cecehan mulut saya. Berguru dengan orang ilmu yang tak seberapa, menceceh yang lebih.

Tinggal lagi 2 hari saya duduk di kerusi yg sudah lebih 5 tahun kena asak dek panas punggung. Dari monitor CRT hingga bertukar ke LCD monitor.

Pindah dek kerana tuntutan keluarga, bukan kerana naik pangkat. Heh jangan tanya kenapa tak naik lagi ke gred yang lebih tinggi sedangkan dah berkhidmat lebih tujuh tahun. Saya ada alasan yang tersendiri, nanti kalau bagitau mgkin akan dipandang sinis. kekekekeke.

Barang tak abis kemas lagi masih selerak sana dan sini.

Kalau ada barang tertinggal, orang di sini akan beri saya masuk lagi tak ye.

Wednesday, September 30, 2009

Jejak pertama

Semalam, buat pertama kali saya menjejakkan kaki ke KKM melapor diri. Bersama saya ada 6 lagi orang yg mempunyai tujuan yang sama, hasrat yang sama (balik negeri).

Masing2 kepala ada telinga gajah besar (tanda soal/tanda tanya) samada akan diletakkan di lokasi yang dihajati. ternyata sehingga semalam masih tiada jawapan pasti. Walau secara kaburnya nampak ada potensi. Lepas ni kena tunggu surat arahan melapor diri ke JKN. Tak tau pandangan yang telah melalui pengalaman bagaimana pula, tapi bagi kami memang hati sentiasa cuak. Kena melobi Jab. Kesihatan Negeri pula ke?

hari ni masih bertugas di tempat lama. menyediakan nota serahan tugas.

Sunday, September 27, 2009

Heaven


Cuti 11 hari saya kian berakhir nikmatnya, bila esok dah nak kena masuk kerja semula. Seriously, biar pun penat dengan karenah 3 kanak2 ribena ni kat rumah, mulut berkicau bila saja celik mata, namun hatiku bahagia sentiasa.

Esok dah mula nak pikir kerja, nak kena buat surat penangguhan, nak buat laporan serah tugas.
ada lagi projekku yang tak siap lagi, terpaksa saya tinggalkan.

Sejak 5 hari yang lalu, setiap kali bangun pagi nurin akan tanya samada esok saya kerja ke? oh kasihan anak, pasti dia pun sedang menghitung hari bila tibanya masa dia akan ditinggalkan di rumah.

Tuesday, September 15, 2009

Hadiah hari raya ke?

Jam 12.15 tghari tadi, lepas saya balik dari mesyuarat yang membawa pelbagai beban tugas, saya tgk ada misscall no Putrajaya, semalam pun ada misscall no yg sama.


tak lama lepas tu, ada orang call ke telefon pejabat.


Orang dari JPA. Permohonan ertukaran saya dah diluluskan.

Tiba2 saya rasa tak cukup oksigen nak bernafas.

Perasaan takut, risau dan sedih mendahului.

Sedikit je perasaan gembira.

Saya takut dan risau kerana saya tak pasti di mana saya akan di letakkan. Adakah seperti yang saya pohon. Walaupun kak As (orang dari JPA) kata jangan risau sangat sebab intake ramai sekarang ni. Tapi dari sejarah dan cerita rakan2 Kementerian yang bakal saya berkhidmat ni agak susah nak kawtim. tapi saya harap adalah rezeki buat saya dan anak2. 29 September nanti bakal memberi jawapan yang pasti.


Saya sedih jugak, sebab klau saya jadi pindah saya terpaksa tinggalkan kawan2 yang saya sayang di sini. Kawan2 tempat saya mengadu pasal kerja, pasal hari peribadi, cerita pasal anak2. cerita ttg resepi, baju, bergosip.

rasa tak sanggup.

Patutla tangan kanan saya gatal je dari minggu lepas. Nak dapat hadiah ni rupanya. Cuma tu lah nak happy2 pun, lokasi tak pasti.


maka sabar je lah menunggu, sambil berdoa. Harap2 dapat lah saya berkhidmat di hospital muar.

(eheheh haritu beria2 mintak tukar, tapi hari ni rasa berat pulak, itu lah manusia.......)

Tuesday, September 1, 2009

Mesyuarat, berkesankah?

Dalam sesebuah organisasi, samada di peringkat negara, pejabat mahupun rumahtangga, kita dituntut untuk bermesyuarat untuk memutuskan sesuatu perkara supaya keputusan yang dibuat itu adalah melalui suara ramai, dimaklumi, difahami dan dipersetujui bersama.


nak mesyuarat, mesyuarat la... tapi agak2 la jangkamasanya tu

Kalau buat mesyuarat, tak perlu lama-lama, tak perlu meleret-leret, nanti hilang konsentrasi. Agak2 kalau dah lebih 2 jam tu biasanya orang dah start toleh ke kiri, ke kanan, senyum dengan kawan kat depan, cuit kawan sebelah, borak, bersms, tak kurang juga ada yang tertidur. Kena pulak bulan puasa.

Meeting hari ni betul2 buat saya tak betah duduk di kerusi. Ni ntah kali ke berapa bermesyuarat dengan bos ni, makin lama makin panjang. Kalau dgn bos dulu, jarang bermesyuarat dan sebulan sekali la kot. Mungkin dia sibuk.

Tapi dengan bos baru ni setahu saya, sependengaran saya dia memang terlalu sibuk orangnya, meeting luar kerap. Tapi dia memang nak jugak panggil meeting pengurusan 2 bulan sekali, ingat dah 2 bulan sekali boleh la pendekkan masa. tapi 1 meeting ambik masa setengah hari. lepas tu sebulan 2 kali. Itu baru 1 jenis meeting ya. Yang ada sekarang ni 3 jenis meeting (minima).
Boleh la darab yer, berapa lama masa saya perlu melanguk dalam bilik mesyuarat tu.

Kerja yg diberi ni yang sedia ada tetap perlu dieselesaikan. Setiap kali mesyuarat, tiap kali tu lah ada saja idea2 bernasssss dilontarkan untuk di realisasikan. Sapa yg nak kena buat??? kami2 jugak lah yng jadi burung belatuk di bilik beku tu.. Mana tak beku, aircond sejuk. sampai muka dah pucat macam zombie tahan sejuk.


Tertanya2 juga kami sesama sendiri, tak ada ke sesapa berani tampil ke hadapan memberi cadangan supaya mesyuarat yg kerap ni di pendekkan masanya, supaya lebih banyak kerja boleh dilunaskan. Tapi tak de sapa berani mati...


p/s: kata keja banyak, berblog sempat pulak.

jawapan saya: meluahkan apa yg berbuku di hati sebagai terapi untuk mengurangkan stress

Tuesday, August 11, 2009

Akhirnya saya dapat sijil

akhirnya saya dapat sijil penyertaan yang pertama utk tahun2009. 2/7 hari.... ada lagi 5 hari nak cukupkan syarat berkursus tahun ni.

Sunday, August 2, 2009

'orang dapur' baru


en abang saya sudah pandai masak makaroni sekarang. dalam 2 minggu ni je dah 3 kali masak makaroni. berat dia pun dah naik, asyik makan.

Garam kena kontrolll sikit cik abang. nnt silap2 darah pulak naik.

semalam abang dan anak2 teman saya ke pejabat, ada panggilan kecemasan website down. nak announce kat budak2 student yg poli tutup senin baru bukak. kengkawan terdekat ada aral pulak, tak de sapa jaga budak, demam (saya tiada pilihan). dengan tak sempat makan tengahari saya tapau makanan yg ada utk bekalan kitorang semua. saya di sana dari jam 3 sampai jam 5.30 gitu


diorang tolong tengok saya cuba solve masalah yg sedang berlaku.








Tuesday, July 21, 2009

Bengkel Php

Saya ni nama saja orang IT, tapi saya tak pandai buat program, tapi lately saya suka nak belajar buat. Jadi tadi adalah kali kedua, kami seat together konon buat bengkel singkat2. At least boleh jugalah tambah2 bilangan kursus nak capai SKT 7 hari berkursus.

Kena pulak sekarang ni semuanya nak 'e' , e tulah, e nilah,

kami diguide oleh seorang staf, ex-kerja swasta. Baginya semua boleh di e kan, waaaahhh hebat bunyi nya, tapi saya pikir memang dia boleh buat.

Kumpul2 maklumat, lepas tu dia merenung2, telek2 senarai table2 yg dah disenaraikan.

Dia kata biar dia bawa balik hasil perbincangan tadi, mana tau idea datang masa drive kereta ke.

Hmmmm sapa kata senang nak buat programming. Saya cukup kagum dengan orang yang boleh bangunkan sistem, walaupun sistem tu se simple nak key in data, atau cuma nak papar data saja..... Tapi di era-era ini lah ada orang mintak sistem macam mintak air

Friday, June 26, 2009

Itik pulang petang


26/06/2009, originally uploaded by bina1178.

Hari ini saya pulang lewat!!! ketik kad jam 6.28 petang. jam 4.50 petang baru nak mula meeting. muka masing2 dah semacam je..kejap2 tgk jam. agak2 tak berapa percent pun yg masuk. kepala ligat ingat nak balik, pastu telefon en suami pesan, balik lambat, pastu call lg pesan suh thaw EBM sebelum amik Adib. pastu call lak baby sitter cakap nnt en suami yg ambik anak2 pesan bawakkan botol susu (kat umah tak simpan botol susu Adib). Kepala ntah dah ke mana menerawang, kalau terkeluar perkataan ICT baru la tersentak, nak tangkap apa yg chairperson tu cakap. sungguh laaaaa jadi tak sesuaiiiiii suruh saya masuk meeting sampai senja.

Di atas gambar masa saya tgh tunggu sup daging yg saya pesan kat Boy Tom Yam Parit Jawa. Nampak cerah dek flash, tapinya masa tu dah jam 7.40malam.

Sodihhh la den balik lewat2 gini. Udah le tuh, tok sah buat lg.





Tuesday, May 26, 2009

Dunia tanpa sistem komputer

agak2 la kan... kalau sekarang ni tak de computerize system, keja tak boleh jalan ke? pincang ke organisasi?

Makcik dah pening kepala sesangat nih! nak kena cari /buat banyak sistem untuk itu dan ini, semua nak cepat, tak nyempat2 pulak tu.

karang saya buat sistem tergesa2, lepas tu ada la bugs ke apa ke, mula la awak nak point jari kat saya (kami) kan?????

saya bukan robot, yg boleh tekan butang, teettttttttttttttttttttttttttttt keluar le output.

nak tak buat satu sistem yg kalau ada error dia boleh jerit2 or tengking2 user. sesuai utk user yg suka order-saja, pastu nak jerit2.


ahhh apa saya mengomel nih :(

Wednesday, May 20, 2009

Segala Puji Bagi Allah

Sungguh lena tidur pagi tadi sedar2 jam 5.45pagi dan hujan sedang turun dan angin menderu.
Entah apa yg disibukkan sampaikan masuk hari ni dah 3 hari masa saya ngam2 saja nak berkejar ke pejabat. Tapi memang pun kalau sang suami kerja pagi saya lah harus menghantar ke tiga2 putera dan puteri kami. si kakak harus ke rumah si atuk dan 2 lagi tu ke rumah baby sitter.
Oleh kerana hujan, si adik2 ku yg 2 orang itu naik sekali kereta ni. Terdetik "aku akan lewat nampaknya". 3 perhentian keseluruhannya. Rumah mak, sekolah dan rumah baby sitter. Selesai hentian terakhir jam dah 7.15. Sms kawan kata bgtau saya mgkin akan terlewat. Sebab hari biasa (tak hujan) perjalanan saya makan masa 45 minit (tu kalau saya tekan 120km/h). kalau memandu secara berhemah makan masa 1 jam. Kereta lebih banyak dari biasa, mgkin sebab hujan masing2 kena guna kenderaan berbumbung dan berdinding. Bilangan lori pun lebih banyak dari biasa. Semua orang terlewat ke. Saya mengomel sendiri bila ada satu part tu Proton perdana (kenderaan ke 8 dihadapan sana )memandu terlalu perlahan. 60km/j. ini dah macam kelas memandu je.

Hujan masih terus membasahi bumi....

Saya pasrah, cuma saya doa mintak saya terus dilapangkan, walaupun dalam kepala dah terbayang punch card merah, kena mintak signature dengan boss, belum nak kena pikir alasan munasabah, walaupun alasan yg sebenar memang hari hujan (tapi alasan ni tak diterima di atas punch card). saya terus panjat kan doa dengan hati yg betul2 pasrah, betul2 saya merayu dengan sungguh kepada-Nya. saya dah tak pandang jam di dashboard kereta, sebab lagi saya pandang lagi gundah gulana jiwa.

Dan akhirnya saya sampai ke perkarangan pejabat, lekas2 kejar jam pengetik dan Syukurnya tgk jam kat situ 7.53 pg.

Punch card kawan2 lain masih ada kat situ, diorang pun lum sampai.

Saya bersyukur kerana Allah mendengar rintihan saya sepanjang perjalanan saya tadi.


Orang boleh kata , alah pucnh card punya hal je, lewat sekali2 tu biasa leee.... tapi sejak dengan pengurusan baru ni saya jadi lg tak kuasa nak ngadap mintak sign , kena lak sebabya lewat.

Monday, May 11, 2009

gendang gendut tali kecapi

kenyang perut suka hati.

baru pulang dari makan ada farewell

suka jugalah dapat makan free, tapi selebihnya masih seram-seram sejuk menantikan bermulanya era pengurusan/pentadbiran baru di pejabat saya.

tak ketinggalan yg menyumbang kepada perasaan ini adalah bisikan2 yg terdengar di sekeliling saya yg telah berpengalaman bersama 'orang2 baru' ini.

Tapi saya harus jangan cepat2 terima asakan ke telinga sebelum saya sendiri ada pengalaman dengan mereka.