Tuesday, March 30, 2010

sudah renew roadtax

tepat jam 12 malam ni roadtax keta ku akan tamat.

isk, isk, isk.

terkenang setahun yg lalu, renew roadtax, lepas tu pergi ke pejabat pos nak tuntut rebet rm600, tapi dek kerana ada isu terlewat renew, maka duit depan mata tak dapat ku gapai (namanya kalau dah bukan rezeki)

saya mintak off dengan big boss selama 1 jam. eh sekarang nak kuar opis bukan boleh main sign2 kat buku log je, ada borang kena isi, tulis di situ berapa jam nak keluar.

Pegawai AmBank yang molek budi, entertain saya selama 25 minit sampai siap urusan dan jam 2 ptg nnt insyaAllah siap boleh collect ya.





ikon sekadar hiasan




dan kisah emak saya yang terlupa renew lesen memandu, sedar2 lesen memandu dah tamat pada tahun 2005. aduh, jadinya mak bawa motor selama 5 tahun dengan lesennya yg telah expired. semalam suami saya yang baik hati, bawa mak ke JPJ.

oleh kerana dah lama benar lesen tu luput tarikh., maka tak boleh renew gitu je. kalau tak silap dengar kena ambil semula proses awal2 tu, tapi ada satu kekdah - buat surat rayuan untuk kurangkan proses2 tersebut.

kasihan mak, sibuk sangat sampai terlupa perkara penting.

menantu mak yg baik hati, terima kasih sebab hantarkan mak.

0 comments: