Hari2 bermain dengannya, sampai kan haus (loose). tiap2 hari, tiap masa kena putar. Sampai masa ia pun menyerah kalah. Kopak duit petang tadi singgah kat kedai hardware. baru pakai setahun lebih sudah kena ganti baru.
Alang2 membeli bak kata orang, biar yang elok terus. jadi malam2 ni juga abang kena bukak tool box pasang toys baru ni.
kat sinki. ni kepala lama.boleh lentur sana sini, nampak macam menarik. lama2 dia lentuklah jawabnya. cuma bagusnya di sebabkan boleh lentur sana sini, boleh la budak2 kecik tu hulur tangan kat sinki bila nak cuci tangan.
ni pengganti dia, yg akan menjalankan tugasnya, as soon as possible lah. yg ni budak2 punya tangan tak sampai bila nak mencuci, jadi extra job, kena dukung.
dan yang ni untuk kepala paip di tandas kedua. rupanya kilat, berat. mula2 nampak hati kata ini memang menarik. bukan sebab kilat dan boleh cermin muka padanya.
elok benar inovasi kepala paip ni.
sebelum ni, kalau nak guna air, pasang salur getah ni. saya panggil 'toler getah' - agak bahasa orang jawa. dan bila nak membasuh, cabut toler, pasang tolerrrr ke mesin basuh pulak.
jadi dengan adanya kepala baru, tak payah le nak susah payah cabut itu dan pasang ini. kena pulak bila anak yg nak guna tandas, terjerit2 mintak buka toler mesin basuh dan pasang toler getah.
suami saya memang suka dengan kepala paip.
dia ganti hampir semua kepala paip yang pemaju pasang kat sinki2 dan tandas2,
dia tambah kepala paip di tandas.
pergi rumah abang saya, kepala paipnya rosak, suami pun bukak kepala paip sinki tandas dan pasangkan pada sinki dapur.
dia tebuk dinding pagar rumah utk pasang kepala paip (pemaju tak pasang kepala paip kat luar rumah, jadi susah nak cuci, lantai porch / basuh kereta / siram pokok)
supaya anak boleh tolong siram bunga2 rumput yg tumbuh melata kat laman
ok. itu kisah kepala paip untuk hari ini. kira tadi tu beli hadiah sendiri lah sempena hari lahir ke 33 (26 Mac) yg lalu.
0 comments:
Post a Comment