Monday, April 26, 2010

SAHM in training

Hari ini saya melangkah masuk ke perkarangan pejabat dengan hati yang agak tenang jika dibandingkan dengan hari Isnin yang lain.


2 hari duduk dirumah sabtu dan ahad, jarang2 saya berjaya buat banyak perkara. Juga saya gembira kerana tahap kesihatan anak2 yang semakin baik.


Ia mungkin hanya kejayaan peribadi buat diri saya, namun kesannya saya dapat meninggalkan pintu rumah dan masuk pintu pejabat dengan hati riang.

Saya juga tersenyum bila suami berjaya mencucikan kereta saya yng juga dah jadi kereta utama bg dia dan saya. Sampaikan jiran sebelah tegur "lawa kereta". Kasihan dah lama kereta tu bermekap bagaikan kuih tepung gomak . Merajuk sampaikan kena langgar dengan kereta Mercedes.


2 hari berturut2 buat Donut untuk Nurin. Cik bedah sorang ni boleh tak makan nasi seharian. memadai makan kuih donut, bertayar2. dan bila nampak chef buat roti kat TV, mengoder pulak roti.


Sempat juga saya membuat awning tudung, nak ganti awning yg dibuat haritu, sbb salah beli kain pengeras - boleh di panggil pelembut. tapi belum berjaya buka yg lama dan ganti.


En suami juga berjaya meracun tepi rumah, jangan sampai rumput2 sempat tumbuh balik dan menabur baka baru. Pokok2 cili dan cekur saya juga sudah tumbuh, tunggu masa nak menuai. Tapi nak kena pindahkan ke bekas2 masing2. tangan saya bukan tangan berbakat bercucuk tanam. jadi haritu dengan separuh hati saya tabur je biji2 cili dan pokok cekur saki baki memasak. Dalam hati cuma kata - kalau ada rezeki menjadi lah.


Tilam toto juga dah memang sekian lamanya menunggu giliran untuk dicuci. nak hantar dobi rasa sayang duit. tangguh, tangguh dan tangguh, sampai la kedua2nya kena bocor air kencing budak Adam. Jadi penyebab dan menggesa ia dibasuh.

sempat juga membongkar kotak yang dalamnya ada bermacam2 kertas dan buku lama juga sijil2 dan macam2 harta lain didalamnya. Ia duduk diruang tamu sejak saya bawa pulang dari pejabat lama 6 bulan yang lalu. dari rupa kotak komputer yang cantik sampai ia jadi lunyai dibuat sarang oleh anak2.

Anak2 pun semakin stabil emosinya kurang kena marah, mgkin kerana kami ibu dan ayahnya semakin penyabar orang nya (doa2 kan lah ye)

Lega........


Bak kata suami : berlatih la jadi surirumah sepenuh masa.






































.

0 comments: