Showing posts with label my thought. Show all posts
Showing posts with label my thought. Show all posts

Monday, April 26, 2010

SAHM in training

Hari ini saya melangkah masuk ke perkarangan pejabat dengan hati yang agak tenang jika dibandingkan dengan hari Isnin yang lain.


2 hari duduk dirumah sabtu dan ahad, jarang2 saya berjaya buat banyak perkara. Juga saya gembira kerana tahap kesihatan anak2 yang semakin baik.


Ia mungkin hanya kejayaan peribadi buat diri saya, namun kesannya saya dapat meninggalkan pintu rumah dan masuk pintu pejabat dengan hati riang.

Saya juga tersenyum bila suami berjaya mencucikan kereta saya yng juga dah jadi kereta utama bg dia dan saya. Sampaikan jiran sebelah tegur "lawa kereta". Kasihan dah lama kereta tu bermekap bagaikan kuih tepung gomak . Merajuk sampaikan kena langgar dengan kereta Mercedes.


2 hari berturut2 buat Donut untuk Nurin. Cik bedah sorang ni boleh tak makan nasi seharian. memadai makan kuih donut, bertayar2. dan bila nampak chef buat roti kat TV, mengoder pulak roti.


Sempat juga saya membuat awning tudung, nak ganti awning yg dibuat haritu, sbb salah beli kain pengeras - boleh di panggil pelembut. tapi belum berjaya buka yg lama dan ganti.


En suami juga berjaya meracun tepi rumah, jangan sampai rumput2 sempat tumbuh balik dan menabur baka baru. Pokok2 cili dan cekur saya juga sudah tumbuh, tunggu masa nak menuai. Tapi nak kena pindahkan ke bekas2 masing2. tangan saya bukan tangan berbakat bercucuk tanam. jadi haritu dengan separuh hati saya tabur je biji2 cili dan pokok cekur saki baki memasak. Dalam hati cuma kata - kalau ada rezeki menjadi lah.


Tilam toto juga dah memang sekian lamanya menunggu giliran untuk dicuci. nak hantar dobi rasa sayang duit. tangguh, tangguh dan tangguh, sampai la kedua2nya kena bocor air kencing budak Adam. Jadi penyebab dan menggesa ia dibasuh.

sempat juga membongkar kotak yang dalamnya ada bermacam2 kertas dan buku lama juga sijil2 dan macam2 harta lain didalamnya. Ia duduk diruang tamu sejak saya bawa pulang dari pejabat lama 6 bulan yang lalu. dari rupa kotak komputer yang cantik sampai ia jadi lunyai dibuat sarang oleh anak2.

Anak2 pun semakin stabil emosinya kurang kena marah, mgkin kerana kami ibu dan ayahnya semakin penyabar orang nya (doa2 kan lah ye)

Lega........


Bak kata suami : berlatih la jadi surirumah sepenuh masa.






































.

Thursday, April 22, 2010

Semoga cepat berlalu...

Minggu ini agak murung. Kerana apa? kerana anak2. Semuanya tak sihat. Termasuk saya sendiri, tak sihat, namun ku gagahi jua melayan mereka.

Adam tak sihat, tapi sekejap saja, batuk2 menyusul. hari ahad, saya terbaring tak bermaya selepas solat subuh. tapi suara anak2 buat saya gagah untuk bangun, bangun sediakan makanan untuk sarapan.

Petang itu (Ahad) Nurin pula tak bermaya. Panas. Lepas maghrib, berombongan ke Klinik Parit Jawa. Oh.... nampaknya bukan saya saje bergasak dengan anak tak sihat. 5-6 ibu bapa lain sibuk juga mendukung anak masing2 mengambil girliran utk berjumpa doktor. segera saya sms bos dan rakan sepejabat, maklumkan esok tk ke pejabat, anak2 tak sihat, juga diri sendiri yg belum sihat.

Isnin, duduk saja di rumah, melayan makhluk2 halus kesayangan. Nampaknya adib pula merengek. berbaju salah tak berbaju pun salah bila mana menampakkan tulang belulang selangka yg kian jelas di pandangan. sedihnya. bila berbaju mula lah, ruam memenuhi serata badannya.

Selasa.... masih belum bekerja.Malam itu adib tak boleh tidur, setiap jam terjaga dan merengek. kami buat keputusan untuk cari ruang untuk berjumpa pakar. Adam berseorangan ke rumah baby sitter. Mungkin satu kelebihan bila bekerja di sini. Jalannya juga dipermudahkan.Bermula dengan mendaftar di Jabatan Kecemasan dan Trauma, jam 10 pg berjumpa dengan pakar kanak2 dahulu. panjang lebar keterangan diambil termasuk salasilah ahli keluarga. isu berbangkit adalah adib nampak seperti kanak2 kurang zat (terlalu kurus) dan perkembangan nya saya khuatr lambat - lambat jalan. Doc kata 1 tahun 2 bulan masih belum berjalan, belum masuk kategori terlalu lambat. masih di tahap ok. Tapi perlu dipantau. Kisah dia kanak2 kurang zat - dirujuk kepada Dietition. Doc juga, putuskan untuk ambil sampel darah adib, untuk diuji. walau berat hati, tapi saya relakan. kasihan dia, menangis sampai serak, sampai terbatuk dan muntah. Doc kata selalu lah follow up dengan Jab Patologi harap2 cepatlah result akan dikeluarkan. biasanya seminggu juga masa diambil.

Kemudian saya bawa pula ke rujukan ke 2 - Pakar Kulit. Doc prescribe dengan cecair untuk dicampur dengan air bilasan mandi dan 2 jenis krim.

dalam perjalanan pulang, Adib terlelap, selelap-lelapnya. kasihan dia, penat menangis tadi agaknya dan celik mata sejak 6 pagi hingga 1 tengahari. jam 2 ptg sampai ke rumah, lega. dah berangan2 untuk lelapkan mata. letih di klinik pakar tadi. rasa tak sabar nak melepaskan penat. tiba2 dapat call dari hospital, kena datang balik. sampel darah Adib tadi salah satunya menunjukkan kandungan Asid tinggi. eh, cepat betul dapat result.tapi doc kata jangan panik dulu. datang semula nak ambil lg sampel, untuk confirmkan. hopefully ini adalah machine error kata doc.

jam 4 petang kami dah berada di hospital semula. penat bukan kepalang. terus ke pakar kanak2 untuk ambil darah adib lagi. sekali lagi saya terpaksa menyerahkan adib pada doc2 tu, dan sekali lg juga saya terpaksa mendengar dia menagis, yg pasti ia menyakitkan si kecil itu, dan mgkin juga menangis kerana melihat orang asing disekelilingnya. kali ni, urine sample nya juga diambil. Semua ini akan dihantar ke IMR, untuk ujian lengkap. Dalam hati sentiasa berdoa, agar tiada keputusan yang pahit akan didengar. Jawapannya lebih kurang sebulan lagi.

malam itu, semua ahli rumah penat. adib masih tak boleh lena, badannya agak panas. saya jangka ia kesan dari tusukan jarum untuk ambil sampel darah. bila lihat pada tangan halusnya, ada 4 semuanya kesan jarum pada kedua2 tangannya. sedih.... tapi untuk mengesan di peringkat awal, saya kira ini jalan terbaik buat masa ini. tapi dalam hati saya berdoa, semoga Allah jauhkan dia dari sebarang penyakit.

dan sebelum tidur, memang saya dah pasang niat untuk tidak bekerja esok. badan saya sendiri tak bermaya. dan niat saya pada esok hari, untuk memberikan perhatian saya kepada anak2 di rumah. walaupun singkat saya harap ia dapat memberi kesan kepada diri saya dan anak2.

Mgkin tanggunjawab dipejabat perlu dilunaskan, tapi tanggungjawab kepada anak2 lebih mendesak. Tugas saya dipejabat mgkin boleh diambil alih oleh orang lain, tapi tugas saya sebagai ibu kepada anak2 saya sendiri tidak ada sesiapa yang boleh mengganti.

Tuesday, November 10, 2009

Bloated

Mana tidaknya.

Had brunch : Rice (few je), with mix vegies, seketul ikan.

munchies : kerepek pisang

lunch hour (again) Tiramisu Ice Cream - bang yang ni sodap tau :P

Later.....

Cheese bun

keropok ikan

banyak kan saya makan....


Tapi mulut still nak mengunyah lg.

Perut dah kedepan je rasa ni.

Nanti orang ingat saya mengandung (lagi).


Jadi tadi nak balance kan supaya berlaku pembakaran kalori, saya jalan2 buat kerja2 laporan kerosakan yg diterima. Lif ada tapi saya naik dan turun guna tangga (tak tinggi pun satu tingkat je)

:P

Thursday, August 13, 2009

Rezeki itu dalam pelbagai bentuk

Rezeki tu tak semestinya dalam bentuk RM/$

Tapi boleh datang dalam bentuk bantuan, kebahagiaan, keceriaan...

Memang le dari segi kewangan bila salah seorang dah tak kerja makan gaji agak sakit lah kan, tapi alhamdulilah, kami tetap bersyukur dengan kondisi sekarang, tak putus makan kira ok lah tu kan.. ada lagi yang lebih susah diluar sana.

tapi kebahagiaan, kemudahan yang dikurniakan adalah lebih bermakna. tak ada lg orang serabut dengan suasana kerja dikilang, saya pula dah ada teman sepanjang hari di rumah, anak2 dapat membesar depan mata ayah mereka. walaupun ada perkara masih saya tak menang tangan di rumah, tapi sidia banyak membantu. bantuan dari sidia adalah antara kurniaan dari Allah yang terbaik buat saya dikala ini (mudah2an berterusan sepanjang zaman)

kalau dulu bila ada tugas luar yg memaksa saya bermalam, kadang sampai 2,3 malam, saya terpaksa tolak, dan rakan lain terpaksa mengganti posisi saya, tapi sekarang insyaAllah, kalau kondisi anak2 ok, sihat, suami juga sihat, saya rasa saya tak kisah utk korbankan sedikit masa. tapi berpada2 lah, karang marah pulak en suami, kalau ada outstation je nak pegi.

dan hari ni sekali lagi bantuan diberi oleh en suami bila dia yg jaga anak2 dirumah bilamana baby sitter terpaksa bercuti (anak warded sebab demam). Kalau tidak dah tentu saya terpaksa cuti jaga anak. bukan kah itu rezeki juga???? buat en suami, "tu kan anak2 abang jugak, kan, kan, kan"

Apa pun saya ucapkan terima kasih yag tak terhingga buat suami saya.....

Sunday, June 28, 2009

Terkenang...

Saya ke sekolah menengah saya pada hari sabtu tu... Budak2 kena sekolah (ganti cuti hari raya akan datang ni). Ada hari terbuka.

Datang bukan sebarang datang, datang jadi wakil SIL saya amik result periksa 2org anak buah suami, since SIL tak dapat hadir, injured sebab accident minggu lepas. Hahahaha terperanjat anak buah saya sebab mak sedara dia yg garang ni datang jumpa cikgu depa....








Sempena hari terbuka jugak, bebudak sekolah ni meniaga, cam biasalah kan... Buat saya terkenang zaman sekolah sekejap. Siap ada lagu2 lama zaman 90 an diorang putarkan. Teringat lak pakwe saya dulu tujukan lagu Terasa - Ukays utk saya di hari terbuka masa saya form 3. Berbunga-bunga hati masa tu... Hmmmm pakwe tu le jadi teman hidup saya sekarang.



Nurin, ni lah sekolah ibu dengan ayah dulu......






Sunday, June 7, 2009

Jalan-jalan cari pasal

Balik dari rumah mak dah jam 11 pg, sesampai di rumah the 2 boys tidur, maka dapat lah saya jalankan operasi membersih - bersih peti sejuk dan balang2 yg cuma ada sisa2 biskut yang menimbun atas meja makan saya. dan nurin dapat juga mewarna dengan water colour.

Jam 3.30 petang, bertolak ke bandar muar, singgah ke pt Pinang seribu utk hantar urut adam. Oh masuk malam tadi dah 3 malam tidur saya tidak enak dek kerana adam meragam, menagis dan batuk2 waktu malam / awal pagi. Jadi kiranya saya rasa mungkin dia terkehel, tapi sayang sekali rupa2nya si pakcik tak mengurut pada hari Sabtu, itu pantang yang perlu dipatuhi. Maka kami kena datang semula.

Kami bawa anak2 jalan2 ke merlimau (macam tak ada tempat lain kan), solat asar di Petronas Muar By Pass. wah gahnya stesen ni.

Waktu balik saya ajak abang singgah di K-Mart tg Agas. waktu saya jalan-jalan, ada sales girl kedai tudung tiba2 terpa saya. Nak tgk macam mana Adib duduk dalam sling yang saya sedang pakai tu. Lepas tu bila saya jalan2 lagi, window shopping, abang terperasan, banyak mata menjeling ke arah saya. wah saya org pertama ke yg guna sling tu kat sini. ke dia nak cakap macam bibik dokong anak????? sampai kat KFC saya masuk le nak tunaikan permintaan nurin nak makan ayam. Saya buka sling jadikan selimut, masa si Adib sibuk menyusu. ohhh saya mintak nurin lindungkan saya masa saya menyusu adam since saya tak ada nursing cover. saya tutup dengan tudung saje. ah tak kisah la pada yg lalu lalang, bukan saya nk tayang bare area saya,

Adam sibuk dengan dunia nya, memerhati lampu, tak kisah pun dengan kelazatan ayam KFC.

Friday, June 5, 2009

Burung Hantu

Malam tadi saya jadi burung hantu. Mujur tak sampai ke pagi.



Sejak maghrib Adam meragam, semua nya tak kena, di rumah mak dia dah tunjuk tanda2 resah. main tetap main tapi serba tak kena. Pulang dari rumah mak selepas isyak, saya terlelap sewaktu sedang melelapkan si anak2 (perkara biasa) dan sedar2 abang dah buka pintu rumah. Saya cuma buat air teh, quaker oats dan masak magi (dah tahap paling tak kuasa nak masak). lagipun jam dah 12.30 mlm. lepas berbual, berbincang (ni saja masa yg saya ada kalau dia kerja syif petang) tgk2 jam dah pukul 2 pagi. oh sambil2 tu tadi saya sempat tetas hujung lengan baju dan jahit semula - kes terpotong pendek.

Si adam mula bangun dan merengek. biasanya adam lebih pandai bawa diri sendiri, waktu malam masuk buai dia boleh tidur, bila tidur dilantai, dia golek2 atau berjalan dan bermain dalam keadaan gelap dan kemudian terlena sendiri, tapi kali ni dia merengek minta berteman, saya bangun nak ke bilik air atau bancuh susunya sekalipun dia akan ikut bangun sambil nangis. mengomel juga dalam hati, risau esok tak terjaga nak pergi kerja. Dia muntahkan susu yg dia minum. saya lap badannya dengan bantuan si ayah. hampir jam 3 pagi baru dia lena, itu pun kejap2 bangun menangis.

Ntah jam berapa nurin kejut saya bangun tidur. "ibu bangun la kata nak sidai kain". saya cuma jawab dah la tidur.ibu ngantuk. 2-3 kali juga dia kejut saya. tgk jam baru pukul 4 pagi. masuk kali ketiga bila dia kejut suruh saya bangun sidai kain lagi saya jawab, dah ibu dah siap sidai. baru la lepas tu dia tak berbunyi lagi. Macam mana boleh datangnya suruh saya sidai kain?????

Sebelum saya tidurkan anak2 saya ada bgtau nurin, kita perlu tidurkan adik2 nnt boleh buat kerja rumah nak sidai pakaian. tapi dia dan saya terlelap dan pakain tak bersidai sampai ke pagi. boleh pulak dia ingat pepagi buta tu. Nak tergelak pun ada.

Dah berapa malam berturut2 saya tidur lewat , sampaikan bawah mata ni makin ketara dark spot.

Monday, June 1, 2009

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Walaupun tertekan dengan permintaan yang sakan mendesak, bersyukurlah dengan kerja yg dijawat sekarang, cukup selesa duduk di atas kerusi empuk, dihembus dingin air cond, disinari lampu downlight, halwa telinga dek radio.

Kesian tgk pakcik tu, terkial2 dia menghayun besi mengangkat beban buah sawit.