Monday, May 17, 2010

Jasamu tetap kukenang

Semalam hari guru, tapi saya tak pula memberi ucapan istimewa kepada mana2 guru baik melalui sms atau pun Facebook. Dek kerana terperap seharian di rumah mertua yg tiada langsung internet connection - mati kutu dibuatnya. Apa pun jasa guru-guru, cikgu2, tetap dikenang, begitu juga guru saya yg pertama di dunia, iaitu ibu saya. Jasa kalian hanya Allah sahaja yg dapat membalasnya.





Dalam tidak memberi ucapan tu, saya membantu adik yg sibuk dengan persiapan sambutan hari guru peringkat sekolahnya. Dia sebagai salah seorang leader, kena organize sambutan itu. Biar pun dia nampak penat, sibuk tapi rela jua dia menguruskan majlis tersebut. Katanya, inilah tahun terakhir dia dapat sambut hari guru di sekolahnya (tingkatan 5), lepasni cuma boleh bg ucapan kat Facebook je. Hmm bagus2 ada juga hati dia nak buat semua ni.

Petang2 lepas Asar semalam kami ke kedai cari2 barang yg boleh dijadikan hadiah buat cikgu2 disekolahnya untuk macam2 'anugerah' yg akan diberikan buat cikgu2 dia sempena sambutan hari guru peringkat sekolahnya hari ni. Mula2 dia nak bg Plaque, tapi mana nak cari kedai yg ada jual hari minggu ni. suntuk sangat masa. Jadi, kami beli barang yg rasa2nya boleh la di manfaatkan dan kenang2an buat cikgu2. Membalut hadiah disebelah malam, dan menghantar ke pagar sekolahnya pg ni. Barang tak banyak mana cuma hadiah untuk 10 anugerah. tapi sukar juga kalau nak angkut guna motor.

masa membalut hadiah, kami cerita ttg sambutan hari guru masa zaman saya bersekolah dulu. Biasa2nya sambutan hari guru, guru2 yg menjadi favourite akan banyak terima hadiah. Sebab musabab cikgu jadi favourite teacher dikalangan pelajar2 subjektif lah. Yg tak garang, yg rapat dengan pelajar (ni yang boleh ajak berlawak), tak kurang juga yang 'ada rupa'. Jadi bg cikgu2 yg tak jadi favourite kurang atau tak dapat hadiah langsung. Bukan mereka tak bagus, cuma tak menjadi pilihan. Sedih bila tgk, yalah bila kat depan perhimpunan tu ada yg dapat banyak hadiah, ada yg dapat sikit, tapi ada pula yg kosong tangan.


Masih ingat lagi pada tahun tu, masa saya di tingkatan 3 (tahun 1993) - kalau tak silap ingatan saya. Kami sekelas Tingkatan 3(1), buat keputusan untuk kumpul duit dan beli hadiah yg sama untuk semua cikgu2, tak kiralah cikgu tu pernah mengajar kelas kami atau pun tidak. Hadiahnya tak seberapa pun. Cuma sekuntum bunga ros plastik je.



Jadi, bila sampai hari sambutan tersebut, kami bahagi2 kumpulan untuk edarkan hadiah2 pada semua cikgu. Dan bila selesai dan kami berkumpul semula, salah sorang ahli kelas bagi feedback. Cikgu Zainab, cikgu yang ajar kami Subjek Sejarah pada tahun tu sebak masa terima hadiah bunga ros yang tak seberapa dari kelas kami. Katanya, sepanjang dia mengajar di sekolah tu, belum pernah dia terima hadiah sempena hari guru. Tak putus ucapan terima kasihnya. Tidak mengharap, tetapi bila ada yang ingat , betapalah dia rasa terharu, terasa dihargai.



Masa berlalu, bidang pendidikan dan profesion guru semakin mencabar. Anak2, pelajar2 sekarang tidak lagi sama dengan zaman saya bersekolah dahulu. Kalau dulu gerun dengan cikgu, tapi sekarang, cikgu tak boleh buat silap. Silap2 lepas waktu sekolah anak2 murid tunggu luar pagar sekolah, atau kereta bercalar. Ada juga yg datang bersama ibu bapa / penjaga bertemu meluah rasa ketakpuasan hati.




Itulah kisah hari guru - antara yang paling saya ingat. Jasa mereka hanya Allah yang mampu membalasnya, mendidik anak bangsa sehingga boleh menjadi insan berguna.









.

0 comments: